Selasa, 4 Jun 2013

ASYIK NAK MENYALAHKAN ORANG LAIN MEMBUATKAN RAKYAT BENCI PADA PR!!!

Sampai bila pun sifat nak menyalahkan orang lain akan ada dalam Pakatan Pembangkang, apa yang orang lain(BN) buat tak pernah langsung dihargai apalagi nak disyukuri. nak memancing undi hanya dengan memburuk-burukkan orang lain tak payah keluar duit membantu Rakyat hanya bermodal Air liur sahaja.

Pengadu domba yang gagal dalam PRU13 akan mencipta seribu alasan atas kegagalan mereka sikap ini harus kita ubah dan Nilaikan jadikanlah kegagalan sebagai guru untuk membuatkan kita lebih kuat dari pelajaran kita tentang kekalahan lalu cari kenapa kita gagal menerima sokongan Rakyat bukan mencari seribu alasan untuk memburukkan Pihak yang berjaya menerima sokongan Rakyat

SUSULAN pengumuman oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang mahu satu Jawatankuasa Khas Parlimen ditubuhkan, yang diwakili ahli Parlimen kesemua parti untuk mengawal selia dan fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Ramai pihak terutama pemimpin PR melihat tiada keperluan untuk disegerakan jawatankuasa ini. Malah, ramai ada di antaranya menggesa agar satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan wujudnya penyelewengan dalam PRU13 yang lalu.

Mereka adalah Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob yang melihat Suruhanjaya Diraja lebih wajar dilaksanakan terlebih dahulu.

Kenyataan ini juga disokong oleh bekas pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman yang berpendapat pembaharuan yang ingin dijalankan ke atas SPR berkenaan lebih sesuai dilakukan melalui penubuhan Suruhanjaya Diraja dan bukannya Jawatankuasa Khas Parlimen.

Abdul Rashid berkata, "jalan pintas" seperti jawatankuasa khas tentang pembaharuan pilihan raya tidak boleh berkesan untuk membawa perubahan sebenar.

Difahamkan, menerusi Suruhanjaya Diraja, semakan secara keseluruhan terhadap SPR termasuk undang-undang pilihan raya dan memperbaiki SPR juga boleh dilakukan, seperti yang mahu dilaksanakan di Parlimen.

Malah, suruhanjaya ini akan terdiri daripada pakar undang-undang, pakar perlembagaan dan pakar-pakar demokrasi pilihan raya, berbeza dengan jawatankuasa yang hanya terdiri daripada Ahli Parlimen sahaja.

Namun, jika dilihat kepada tujuan asal Jawatankuasa khas Parlimen ini diwujudkan iaitu untuk memperkukuhkan lagi kewibawaan dan kredibiliti suruhanjaya tersebut, yang pada waktu ini diletakkan bawah Jabatan Perdana Menteri, rakyat pastinya akan menilai usaha ini ke arah positif.

Rakyat pasti dapat melihat penubuhan ini merupakan satu langkah untuk memastikan proses pilihan raya di negara ini mampu dilaksanakan secara lebih teratur, telus dan dipercayai semua pihak.

Pembaharuan yang dijangka akan mampu dibuat jawatankuasa ini, adalah menepis segala persepsi negatif yang selama ini ditujukan kepada SPR iaitu tidak telus dan banyak keraguan.

Persepsi ini mampu dihakis kerana penglibatan semua pihak termasuk pemimpin kerajaan dan pembangkang untuk mengawal fungsi dan pergerakan SPR, khususnya untuk PRU14.
Perkara yang sukar untuk ditangani di negara ini adalah persepsi negatif yang disebarkan tidak fakta yang berasas.

Malah, Najib sendiri dalam  perhimpunan bulanan pertama bersama kakitangan Pejabat Perdana Menteri, semalam menegaskan kerajaan perlu belajar mengenai bagaimana mengurus lebih baik persepsi negatif yang disebarkan secara dalam talian terhadapnya.

Beliau berkata, kerajaan perlu menangani "kelemahan" itu kerana kebanyakan orang telah dikelirukan oleh usaha untuk menjatuhkan pentadbiran pimpinan BN.

Sekiranya Jawatankuasa Khas Parlimen ini dilaksanakan, kesemua anggota, termasuk Ahli Parlimen BN dan PR digesa memberi input yang berguna untuk perkukuhkan kredibiliti SPR.

Parti pembangkang juga diminta tidak memboikot keputusan kerajaan meletakkan SPR di bawah satu jawatankuasa khas yang dianggotai Ahli Parlimen.

Naib Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan BN, Datuk Rahman Dahlan berkata, PR perlu menyertai jawatankuasa itu untuk melakukan penambahbaikan SPR kerana ia adalah kepentingan negara, bukannya kepentingan politik.

Ahli Parlimen Kota Belud itu mengingatkan Ahli Parlimen PR supaya jangan hanya bermain politik kerana selama ini pembangkang sering mendesak supaya SPR diletakkan di bawah Parlimen.

Peristiwa memboikot dalam Dewan Rakyat, pernah berlaku sebelum ini, di mana Dewan Rakyat meluluskan kesemua 22 syor yang dikemukakan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen berhubung penambahbaikan pilihan raya tanpa dibahaskan pada 3 April 2012.

Ini berlaku kerana kesemua anggota Parlimen kerajaan dan pembangkang gagal untuk memberi kerjasama dalam perbahasan.

Usul berkenaan mendapat sorakan setuju yang kuat daripada ahli penyokong kerajaan, manakala ahli parlimen pembangkang enggan untuk mengambil bahagian dalam undian tersebut.
Tindakan ahli parlimen PR itu, telah memaksa keputusan diluluskan tanpa dibahaskan oleh Speaker mengikut suara majoriti.

Sehubungan itu, perkara yang wajar dilakukan sekarang adalah pemimpin tidak kira BN ataupun PR perlu menggunakan saluran yang betul untuk menyelesaikan segala masalah yang melibatkan keharmonian negara.

Antara saluran tersebut adalah menghantar petisyen pilihan raya bagi membantah keputusan PRU13 yang diragui. Selain itu, mereka juga perlu beri kerjasama yang sebaik mungkin untuk pastikan, tidak kira sama ada Jawatankuasa Khas Parlimen mahupun Suruhanjaya Diraja, berfungsi memperbaiki SPR dan proses pilihan raya di negara ini.

Usaha untuk membuat memboikot ataupun menghalang proses penambahbaikan SPR ini, tidak seharusnya dilakukan, kerana hanya akan memburukkan keadaan.

P/S :
Barangsiapa merasa cukup dengan apa yang telah diberikan Allah, maka dia kaya.

Barangsiapa suka memandang harta orang lain, dia akan mati miskin.

Barangsiapa tidak redha (tidak rela) dengan apa yang telah diberikan Allah kepadanya, maka dia telah menentang keputusanNya (qadha’Nya)

Barangsiapa memandang remeh kesalahannya, maka dia akan memandang besar kesalahan orang lain.

Barangsiapa memandang besar kesalahannya, maka dia akan memandang remeh kesalahan orang lain.

Barangsiapa membuka aib orang lain, maka aib keturunannya akan tersingkap.

Barangsiapa menggali lubang untuk mencelakakan saudaranya, maka dia sendiri akan terjerumus ke dalamnya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan