Sabtu, 11 Mei 2013

SPR SEDANG MENGKAJI UNTUK SAMAN ANWAR IBRAHIM KERANA MEMFITNAH BADAN ITU !!!


Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, sebagai pemimpin, Anwar tidak sepatutnya meracuni pemikiran rakyat dengan menghasut mereka supaya turut sama membantah keputusan PRU-13.
Katanya, SPR mempunyai saluran tertentu yang boleh digunakan oleh Anwar untuk menyampaikan bantahan berserta bukti kukuh di mahkamah mengenai penyelewengan PRU-13.
“Jika beliau mempunyai bukti mengenai penyelewengan pilihan raya, sila kemukakan di mahkamah. Beliau sepatutnya akur dengan keputusan majoriti rakyat dan bukannya mengalih isu kekalahannya dengan menjadikan SPR sebagai mangsa fitnah.
“Ini satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab kerana beliau meletakkan agenda peribadi melebihi kepentingan negara.
“Jika SPR tidak telus, mana mungkin dia boleh menang ketika bertanding Parlimen Permatang Pauh,” katanya ketika ketika dihubungi di sini semalam.
Beliau diminta mengulas gesaan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mendesak SPR mengambil tindakan undang-undang terhadap Anwar yang mendakwa SPR melakukan penipuan dalam PRU-13.
Wan Ahmad menjelaskan, pihaknya sedang mengkaji tindak-tanduk serta pelbagai kenyataan fitnah yang dikeluarkannya oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh itu sebelum [TINDAKAN] diambil.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan