KUALA TERENGGANU – Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin dipanggil bagi membantu siasatan berhubung penganjuran satu perhimpunan haram di Kelana Jaya, Rabu lalu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar memberitahu, kertas siasatan tentang perhimpunan tersebut telah dibuka kerana penganjurannya menyalahi undang-undang.
“Sesiapa juga yang kita percaya boleh membantu siasatan akan dipanggil, tak kira siapa. Siasatan sedang dijalankan, tunggulah kita akan ambil tindakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan