Jumaat, 24 Mei 2013

Panasss...Fadhli bakal didenda RM5000, dipenjara 2 tahun Atas kesalahan mengundi 2 kali !!!!

Undang-undang pilihan raya yang dilanggar oleh budak PR ini adalah 
pertama, menipu untuk mengundi dua kali; kedua, membawa keluar
kertas undi secara tidak sah dari tempat mengundi


Mohd Fadhli Khaharruddin itu yang telah mengaku berjaya mendapat kertas undi kedua selepas menanggalkan dakwat kekal di jarinya 5 Mei lalu akan didakwa atas kesalahan
- Menipu untuk mengundi dua kali

- Membawa keluar kertas undi secara tidak sah dari tempat mengundi.

Jika disabitkan kesalahan tegas beliau, Mohd Fadhli boleh dikenakan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda tidak lebih dari RM5000 atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu Datuk Wan menjelaskan di pihak SPR pula, suruhanjaya tersebut sentiasa bersedia untuk memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis dalam melakukan penyiasatan berhubung perkara tersebut.  

elain itu, Datuk Wan turut berpendapat yang pemuda tersebut sebenarnya telah diperalatkan dan menjadi mangsa pihak berkepentingan.

“Budak di Kuantan ini telah diperalatkan. Dan dia ini sudah menjadi mangsa ataupun menjadi orang yang bersalah di bawah akta kesalahan pilihanraya. Bukan saya kata, dia yang membuat aduan polis.

“Polis akan menyiasat sedalam-dalamnya, apabila polis ada kesnya maka polis akan dakwa dia pula yang dia ini sudah menipu hendak mengundi dua kali.

“Dan dia juga telah mengaku sendiri melalui aduan polis itu yang dia telah membawa keluar kertas undi,” serba sedikit penjelasan Datuk Wan.

Menurutnya lagi, Seksyen 3 di bawah Akta Kesalahan Pilihanraya melarang seseorang pengundi itu untuk mengundi lebih daripada sekali selain tidak boleh sewenang-wenangnya membawa keluar kertas mengundi dari kawasan tempat mengundi tanpa kuasa yang sewajarnya.

Jika disabitkan kesalahan tegas beliau, Mohd Fadhli boleh dikenakan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda tidak lebih dari RM5000 atau kedua-duanya sekali.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan