Inilah padah yang menimpa apabila seorang yang tak amanah membantu Rakyat dilantik semula memerintah Selangor walaupun sebelum ini dijelaskan mengapa masaalah air ni tak selesai2 sehingga sekarang akibat kebongkakan Pemimpin Pakatan Pembangkang sendiri.
Ketika itu rizab bekalan air akan menjadi negatif apabila permintaan air terawat melebihi pengeluarannya.
"Syabas telah membuat graf unjuran permintaan air di ketiga-tiga kawasan itu dan dijangka bekalan air terawat semakin kritikal memandangkan kapasiti bekalan air tidak mencukupi mulai Julai 2014 apabila rizab bekalan air menjadi negatif,” katanya kepada pemberita di sini.
Ketika ini permintaan air terawat ialah 4,638 juta liter sehari berbanding pengeluaran 4,661 juta liter sehari, lebihan 23 juta liter sehari sahaja.
Permintaan air dijangka terus meningkat di ketiga-tiga kawasan itu dengan kadar 3.5 peratus setahun dan keadaan ini bertambah meruncing terutama cuaca panas sekarang menyebabkan permintaan meningkat.
Lee berkata Syabas yang membekalkan air ke ketiga-tiga kawasan itu akan berusaha meningkatkan kapasiti pengeluaran dan 7.5 juta pengguna di kawasan berkenaan diminta berjimat cermat menggunakan air.
Psssstt:den dah bilang masaalah air ini takkan selesai selagi Pakatan memerintah ekau tak caya ...kikikikiki dah sah khaled puncanya..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan