Khamis, 30 Mei 2013

[MUSTAFA ALI] PAS AKAN SERTAI PERHIMPUNAN BESAR-BESARAN !!!!

Mustafa Ali
Berlaku adil dulu pada diri sendiri sebelum mempertikai keadilan pada orang lain
Saudara Mustafa Ali menuntut pada kebenaran dengan menggunakan kaedah berhimpun beramai 2 dalam Media SH hari ini bukan cara orang yg waras kan elok mencari kebenaran tentang masaalah moral pemimpin yg disabitkan oleh orang tentang salah lagu mu saudara mustafa ali kerana tidak satu pun penafian yg saudara buat walhal tuduhan ini berat Pstttt..bersihkanlah nama mu nama keluargamu dan maruah Parti mu dulu Admin ingin memberikan dalil mengapa Mustafa Ali wajib bersumpah!!!

Admin amat tidak menyokong mustapha ali dan tindakan pas berdiam diri, tidak bertindak demi keredhoan ALLAH dan juga demi maruah pas dan umat Islam khasnya di dlm pas.bagi rakan-rakan yang nakkan penjelasan penuh sila lawati dalil dalil soheh di KLICK disini  Wallahuaklam...
SHAH ALAM - Pas akan menyertai perhimpunan secara besar-besaran yang dianjurkan kumpulan pro-pembangkang, Black 505 kerana ia dilakukan secara aman dan menuntut kepada perkara-perkara kebenaran.

Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali berkata, Pas akan menyokong dan menyertai perhimpunan sedemikian kerana ia adalah medium untuk PR menyampaikan maklumat kepada rakyat.

"Tujuan perhimpunan tersebut sudah pasti mahukan rakyat sedar dengan apa yang telah dilakukan kerajaan BN selama ini.

"Pas akan turut serta kerana perhimpunan ini akan aman. apa sahaja perkara di luar kawalan itu bukanlah berpunca daripada pihak kita, sebaliknya pihak lain yang membuat provokasi," katanya.

Katanya, sehingga semalam, Pas masih belum menerima sebarang maklumat mengenai perhimpunan berserta tarikh sebenar.

"Kami tidak mendengar apa-apa berita mengenainya (perhimpunan), tetapi kita menyatakan pandangan kita untuk turut serta dan menyokong sepenuhnya usaha ini," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata, perkara itu belum sampai ke pengetahuan Dewan Pemuda namun tidak mustahil akan turut sama jika mendapat keizinan daripada Pas Pusat.

"Apa-apa pun, Pas Pusat akan bermesyuarat terlebih dahulu. Pemuda tidak boleh mengambil langkah sendirian.

"Perhimpunan itu nanti adalah langkah terbaik untuk kita berhadapan rakyat memandangkan sehingga ke hari ini, tuntutan kita tidak dilaksanakan kerajaan seperti akses media," katanya.

Jelasnya, perhimpunan itu nanti akan terus menuntut hak rakyat dan keadilan yang seharusnya diberikan kepada semua pihak termasuk PR.
Psssstttt...Keadilan macam mana lagi yang mereka ni nak yer kat kawasan mereka menang katanya SPR adil kat Negeri kalah tak adil adoiiii mari selidik sikit apa jawapan pihak sebelah Admin ni sila KLICK  disini 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan