Jumaat, 28 Disember 2012

SERANGAN KEATAS KEMBARA OREN TIADA KENA MENGENA DENGAN UMNO !!!!! HENTIKAN FITNAH INI (GESAAN PRESIDENT MPBM ANUAR ABD MANAF)..?


Setiap halangan yang dilakukan oleh generasi ke dua Felda untuk menghalang Kembara Oren daripada menceroboh kawasan Felda sama sekali tidak ada kena mengena dengan UMNO dan tindakan yang dilakukan oleh generasi kedua Felda adalah semata2 mempertahankan keharmonian Felda semata-mata dan Setiap berlaku perkara buruk yang menimpa pakatan pembangkang, tiada lain yang akan disalahkan melainkan UMNO dan Barisan Nasional (BN). Terbaru apabila Kembara Oren Selamatkan Felda yang menjelajah ke setiap negeri telah dihalang memasuki kawasan felda di beberapa buah negeri.
Kejadian terbaru adalah di Felda Bukit Rokan Utara, Gemencheh Negeri Sembilan yang menyaksikan berlaku sedikit kekecohan sehingga menyebabkan beberapa orang peserta kembara Oren tercedera. Akibat daripada itu, UMNO telah dipersalahkan kononnya telah mengupah golongan muda untuk bertindak samseng.
Membidas dakwaan tersebut, Presiden Majlis Belia Felda Malaysia, Anuar Abd Manap berkata setiap halangan yang dilakukan oleh generasi ke dua Felda untuk menghalang Kembara Oren daripada menceroboh kawasan Felda sama sekali tidak ada kena mengena dengan UMNO.
Presiden Majlis Belia Felda Malaysia, Anuar Abd Manap berkata , tindakan tersebut dilakukan adalah atas dasar tidak mahu Kembara Oren terus memecahbelahkan kehidupan masyarakat Felda yang aman damai.
“Buat apa diaorang nak masuk Felda untuk tabur fitnah. Tak payah kacau kami. Kami sebenarnya sibuk dengan pelbagai program lain.. program pembangunan sukan, ekonomi generasi muda, kerja-kerja sosial dan sebagainya.
“Kami tak mahu layan dan tak benarkan pembangkang ni nak buat kecoh dalam kawasan Felda. Tak payahlah nak tuduh UMNO dalang di sebalik apa yang berlaku. Kami bertindak sebab nak pertahankan kawasan kami dari anasir jahat pembangkang. Memang kami bawa bendera UMNO dan BN sebab UMNO yang bela nasib kami dari dulu. Bukan Pas, PKR atau DAP.
“Kalau betul mereka berniat baik dan bergerak atas tiket NGO, tinggalkan bendera Pas. Kenapa mereka boleh bawa bendera parti dan kami tak boleh. Mereka masuk kawasan kami nak buat kacau, nak tabur fitnah, kami tak terima ini semua,”
Tambah Anuar, generasi kedua Felda tidak akan menghalang sekiranya mereka datang dengan niat baik dan membangkang perkara yang benar. Namun apa yang mereka cuba lakukan dan sebarkan adalah fitnah dan propaganda jahat semata-mata.
“Mereka tuduh Felda jual minyak pad Israel, tuduh Tan Sri Isa Samad nak bankrapkan Felda. Ini semua tak benar.
“Tan Sri Isa Samad sering mendengar pendapat kami. Lihatlah… kami rakyat Felda hidup dengan baik malah terbela. Kalau betul mereka nak tegur, tegurlah dengan betul. Bukan dengan cara macam ni. Masuk tempat orang lepas tu nak buat kacau. Mestilah kami akan halang semua ni,” tambah Anuar.
Jelas beliau lagi pembangkang perlu sedar diri bahawa mereka tidak diterima oleh generasi kedua Felda, sebab itulah kedatangan mereka di kebanyakan kawasan Felda dibantah sekeras-kerasnya.
“Bukan kami generasi kedua sahaja yang bantah kedatangan mereka ini malah ibu bapa kami juga sama sekali tidak menerima kehadiran mereka yang cuba buat onar.
“Pergilah buat kerja lain daripada cuba kacau hidup orang Felda. Orang Felda setia di belakang Perdana Menteri. Usaha menabur fitnah kepada kami sama sekali tidak diterima. Lihat sahaja apa yang terjadi… Bila mereka dihalang oleh kami, UMNO pula yang dituduh sebagai pencetus apa yang berlaku. Ini fitnah lagi.. Terang-terang fitnah,” selar Anuar.
Bagi admin PMPB cerita yang kononnya anak muda ni samseng Umno sama-sekali tidak benar kerana mereka ini mempertahankan orang yang berjasa pada mereka dari terus difitnah kalau mereka nak menabur fitnah pegilah buat kat tempat mereka tu pergi lah berdemo kat Kelantan dimana ladang Rakyat yang sememangnya gagal membantu Rakyat Kelantan dan usaha mereka jelas gagal dan kalau itu pun tak mampu jangan lah cuba menaruh dengki khianat dengan Felda yang berjaya dengan cemerlangnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan