Khamis, 27 Disember 2012

PAS KETAKUTAN SEHINGGA KAN JUMLAH PESERTA DEMO HARI INI DIKATAKAN TIDAK SAMPAI 1,000


Hampir 4,000 rakyat dari seluruh negeri ini berkumpul secara aman di perkarangan bangunan Majlis Amanah Rakyat (Mara) di sini bagi menyatakan bantahan dan menuntut janji-janji yang dibuat oleh kerajaan Pas Kelantan sebelum ini.
Perhimpunan Kebangkitan Rakyat Kelantan yang dianjurkan oleh Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) dengan kerjasama Gerakan Tukar Kerajaan Pas Kelantan (Tukar), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Profesional Kelantan (Kelpro) dan Minda Pondok itu bermula pada pukul 10 pagi dan berakhir kira-kira dua jam kemudian.
Peserta perhimpunan tersebut juga membawa pelbagai sepanduk untuk menyatakan rasa tidak puas hati mereka terhadap Pas yang telah memerintah negeri ini selama 22 tahun

Tuntutan pertama (1)
Rakyat menuntut anak negeri di beri keutamaan dalam pentadbiran kerajaan negeri Kelantan. Rakyat juga menuntut agar semua wakil rakyat di kelantan hendaklah dikalangan anak-anak tempatan sahaja.
  

Tuntutan kedua (2)
Rakyat menuntut kerajaan PAS Kelantan menyegerakan penubuhan badan hisbah dan menuntut barisan kepimpinan kerajaan pas mengihstiharkan harta.


Tuntutan ketiga (3)
Rakyat menuntut kerajaan PAS Kelantan segera kuatkuasakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan.

Tuntutan keempat (4)
Rakyat menuntut kerajaan PAS Kelantan bersikap lebih bersih, adil dan amanah dan berhenti dari menyalahkan pihak lain diatas kegagalan sendiri.

Tuntutan kelima (5)
Rakyat menuntut kerajaan PAS Kelantan segera menyediakan peluang pekerjaan khususnya kepada golongan belia yang menganggur.

Tuntutan keenam (6)
Rakyat menuntut kerajaan PAS Kelantan segerakan pembayaran bantuan RM100 kepada seluruh warga emas di Kelantan bermula tahun 1990 hingga sekarang.

Tuntutan ketujuh (7)
Rakyat menuntut kerajaan PAS Kelantan menyelesaikan segera masalah Air Kelantan yang berlarutan sejak sekian lama dan rakyat tidak sanggup untuk menunggu sehingga tahun 2027.



Tuntutan kelapan (8)
Rakyat menuntut kerajaan PAS Kelantan segera menghapuskan cukai pintu dan bayaran tempat letak kereta (parking).

Tuntutan kesembilan (9)
Rakyat menuntut kerajaan PAS Kelantan terutamanya pemimpin dan ahli tidak lagi mengamalkan budaya politik mencaci dan menghina.

Tuntutan ke sepuluh (10)
Rakyat menuntut kerajaan PAS Kelantan tidak lagi bersekongkol dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat yang jelas diragui dari segi akidah, moral dan sokongan kepada Israel.


Tuntutan kesebelas (11)
Rakyat menuntut kerajaan PAS Kelantan supaya menolak sebarang kerjasama dengan parti DAP yang jelas menolak penubuhan Negara Islam.



Tuntutan kedua belas (12)
Rakyat menuntut kerajaan PAS Kelantan segerakan pembinaan Pelabuhan Darat Kuala Krai seperti yang dijanjikan.

Tuntutan ketiga belas (13)
Rakyat menuntut kerajaan PAS Kelantan selesaikan segera masalah berkaitan Ladang Rakyat dan mengistiharkan secara terbuka nama dan butiran penerima dividen Ladang Rakyat, serta nama syarikat yang terlibat secara langsung bersama ahli Lembaga Pengarah Syarikat.



Tuntutan keempat belas (14)
Rakyat menuntut kerajaan PAS Kelantan menyegerakan saranan suhakam bersabit pembelaan terhadap nasib orang Asli.



Tuntutan kelima belas (15)
Rakyat menuntut kerajaan PAS Kelantan menyediakan segera tapak rumah kepada golongan miskin di Bukit Tok Ali (Jeli), Pantai Mek Mas (Pengkalan Chepa), Alor Pulai dan Kampung Tok Ewel (Bachok)dan lain-lain kawasan penempatan golongan miskin yang masih belum dilaksanakan.

Tuntutan keenam belas (16)
Rakyat menuntut kerajaan PAS Kelantan mengistiharkan secara terbuka jumlah aset/ harta milik kerajaan negeri serta syarikat yang berkaitan kerajaan negeri yang telah dijual dan mengishtiharkan terbuka kemana wang tersebut di belanjakan.

Tuntutan ketujuh belas (17)
Rakyat menuntut kerajaan PAS Kelantan supaya menyediakan rumah mampu milik kepada rakyat yang berpendapatan rendah.

Tuntutan ke lapan belas (18)
Rakyat menuntut kerajaan PAS Kelantan segerakan pembinaan Jambatan Kedua Kota Bharu-Palekbang seperti mana yang dijanjikan dan telah diletakkan batu asas.

Tuntutan ke sembilan belas (19)
Rakyat menuntut kerajaan PAS Kelantan menyelamatkan rakyat daripada terus terjerumus ke dalam kemiskinan harta dan kemiskinan akhlak.

Tuntutan kedua puluh (20)
Rakyat menuntut kerajaan PAS Kelantan menyelesaikan segera isu pengambilan balik tanah rakyatdi negeri kelantan terutamanya di kawasan seluas 400 ekar di Kampung Tiong Kubang Kerian. 


Tuntutan kedua puluh satu (21)

Rakyat khususnya peniaga kecil / penjaja menuntut supaya kebajikan mereka dijaga. Antaranya, menghapusan cukai kepala bakul yang dikenakan kepada mereka seperti mana dijanjikan.

Tuntutan kedua puluh dua (22)
Rakyat menuntut kerajaan PAS Kelantan supaya berhenti dari menabur janji-janji baru kepada rakyat selagi janji lama yang masih tertunggak tidak ditunaikan. Rakyat menuntut kerajaan PAS Kelantan menghormati perasaan dan sensitiviti rakyat dengan mendahulukan keperluan rakyat dan bukan hanya menabur pelbagai janji tanpa melaksanakannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan