Selasa, 4 Disember 2012

PERJUANGAN MELAYU WARISAN BANGSA...


Selami dan ketahui kekayaan Ilmu Orang Orang Melayu Dahulu Kala, Kaya Dengan Adat, Kaya Dengan Ilmu. Berbanggalah kita dengan warisan ini, Tidaklah Melayu Dipanggil Melayu Sehingga Mengenali Warisan Silat Melayu. TAKKAN MELAYU HILANG DIDUNIA:- LAKSAMANA HANG TUAH

Perhimpunan BERSIH
Salam Kepada Semua Pembaca Blog pmpb.blogspot.com

Terlebih dahulu saya mengucapkan berbanyak terima kaseh kerana sudi membaca pengalaman saya bertahun2 didalam pencarian warisan Melayu.

Walaubagaimanapun, disini, ingin saya tegaskan pendirian saya yang juga bersamaan pendirian kumpulan Perguruan Seni Silat Melayu dari semua Perguruan Silat Melayu Malaysia dan Gabungannya, bahawa kami semua bersatu hati dan beriktikaq akan kesetiaan kepada Pemerintah dan menjauhkan diri daripada Perhimpunan Haram BERSIH yang kotor dengan Agenda untuk menjahanamkan Islam dan Melayu, termasuk dengan anasir2 Komunis yang dibawa oleh beberapa Parti Politik Bukan Melayu.

Pendirian ini sekata dan senada dengan rakan seperjuangan dari Pertubuhan Seni Silat Lincah, Perguruan Lintau, Perguruan Seni Silat Gayong Malaysia, Seni Silat Cekak dan lain2 Seni silat yang berdaftar di bawah Akta Pertubuhan.

Pendirian ini telah diambil kira setelah kami berjumpa dengan Mufti Perak Tan Sri Harussani dan juga beberapa Ulama bebas, yang memberi pandangan yang bernas dan tepat kepada kami semua.

Justru, saya dengan rendah diri bermohon sekelian pembaca Blog ini agar membuat pendirian yang sama dengan menunjukkan ketaatan kepada Pemerintahan sekarang yang juga adalah terdiri dari orang2 Melayu berugama Islam.

Jauhkan diri dari persengketaan sesama bangsa dan seagama, dan rapatkan Barisan, luruskan Saf dan sebarkan Kaseh Sayang dan Taat Kepada ALLAH dan RASUL, Taat kepada Kedua Ibubapa dan Taat kepada Pemerintah seperti Fatwa Imam2 Mahzab 4, Imam Nawawi, Imam Ghazali dan lain2 Imam Muktabar.

Tiada ulasan: