Rabu, 5 Disember 2012

1 MALAYSIA TOLAK FITNAH :NOH OMAR MENCABAR WAKIL PAKATAN PEMBANGKANG DEBAT


Nampak nya Pakatan Pembangkang tak habis2 nak menabur fitanah,terbaru 
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim mendakwa wujud penyelewengan dan monopoli oleh syarikat kroni UMNO dalam proses pemberian tender agihan benih padi dan membuat usul mendesak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menubuhkan jawatankuasa khas menyemak semula keputusan tawaran tender bernilai RM164.8 juta bagi tempoh dua tahun iaitu pada 2013 dan 2014.
    Bertaqwalah kepada Allah SWT dan ingatlah sekelian bahawa keselamatan dan kebahagiaan kita hanya bergantung kepada keimanan dan ketaqwaaan kita kepada Allah SWT semata-mata.
    Dalam arus pembangunan dan kemajuan, yang pesat di jalankan dewasa ini, umat Islam perlu berhati-hati agar mereka tidak terjatuh ke dalam fitnah yang berlaku secara terang-terangan di hadapan mata mereka serta yang berlaku tanpa di sedari dan tanpa dilihat dengan mata kasar mereka. Islam tidak memusuhi kemajuan dan pembangunan yang dilakukan oleh manusia tetapi Islam menetapkan agar pembangunan dan kemajuan di asas dan dikawal oleh keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT.
    Allah SWT telah menegaskan dalam surah al Anfal ayat 28, yang bermaksud:
    "Dan ketahuilah kamu bahawa sesungguhnya harta-harta kamu dan anak-anak kamu adalah fitnah (ujian). Dan sesungguhnya Allah di sisiNya balasan yang sangat besar."



Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar mencabar pembangkang berdebat dengan beliau berhubung isu tender agihan kuota benih padi sah yang kini dijadikan modal politik pembangkang.

Noh yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Barisan Nasional (BN) Selangor berkata, beliau bersedia berdebat pada bila-bila masa dengan wakil pembangkang bagi menjawab isu itu dengan adil dan bermaruah.

"Ini isu lapuk yang sengaja diulang pembangkang dengan harapan rakyat akan percaya. Oleh kerana kes ini di bawah kementerian dan saya anak jati Selangor, saya mencabar Menteri Besar, Exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor untuk berhadapan.

"Jangan hanya berani berkokok di gelanggang sendiri, saya akan datang ke Selangor di mana-mana juga. Menteri Besar tetapkan tarikh di bulan Januari, tempat dan masa, insya-Allah saya akan datang dan jangan lari," katanya.

Menurut Noh, kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor tidak sepatutnya mempolitikkan isu tender agihan kuota benih padi sah di negeri itu kerana sudah diperjelaskan secara terperinci dalam sidang Dewan Rakyat Oktober lalu.

Tambah beliau, tindakan pembangkang membangkitkan semula isu itu juga hanya bertujuan mencemar imej beliau dan memburuk-burukkan BN menerusi fitnah tidak berasas.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Noh berkata, pihaknya turut bercadang meningkatkan had pinjaman mikro kredit di bawah kementeriannya iaitu daripada maksimum RM50,000 kepada sebanyak RM100,000.

Menurutnya, perkara itu selaras dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menaikkan had pinjaman untuk peniaga kecil di bawah Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) membabitkan jumlah sama.

"Had pinjaman mikro kredit itu adalah pinjaman melibatkan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) dan Agrobank," katanya.

أعُوْذُ بِاللهِ السَّمِيْعِ الْعَلِيْمِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ
بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Firman Allah s.w.t., yang bermaksud," Dan berperanglah kamu pada jalan Allah (kerana mempertahankan Kebenaran AgamaNya); dan ketahuilah, sesungguhnya , Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui ".
{ Al-Baqarah : 244

Tiada ulasan:

Catat Ulasan