Isnin, 22 Oktober 2012

SUKA MEMFITNAH,BERBOHONG,MENCARUT&LUCAH PUNCA MAT SABU BAKAL DIHANTAR KE PENJARA.../



PULAU PINANG 22 Okt. - Mahkamah Tinggi d sini hari ini menolak permohonan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu untuk mengetepikan pertuduhan terhadapnya yang membuat tohmahan memburukkan nama baik 25 anggota polis serta keluarga mereka dalam ceramahnya di Padang Menora, Tasek Gelugor dekat sini.
Hakim Mohd. Amin Firdaus Abdullah yang membuat keputusan itu juga mengarahkan agar perbicaraan yang sedang berlangsung di Mahkamah Sesyen terhadap Mohamad yang juga dikenali sebagai Mat Sabu, diteruskan.
Bagaimanapun, tarikh baru bagi menyambung perbicaraan kes itu masih belum ditetapkan lagi.
Penolakan permohonan itu juga adalah kali kedua selepas Mahkamah yang sama menolak permohonan Mat Sabu, pada Februari lepas.
Mat Sabu, 57, didakwa memfitnah anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong, Muar pada 23 Februari 1950 dengan membuat tohmahan yang boleh merosakkan nama baik mereka.
Beliau didakwa melakukan perbuatan itu dalam ceramahnya di Pusat Asuhan Tadika Islam (Pasti) Al Fahmi, Markas Tarbiyah Pas Padang Menora, Tasek Gelugor pada 21 Ogos 2011.
Tertuduh juga menghadapi pertuduhan pilihan iaitu memfitnah tiga anggota polis iaitu Konstabel Marin Abu Bakar Daud, Konstabel Jaafar Hassan dan Yusoff Rono serta ahli keluarga mereka pada masa, tarikh dan tempat yang sama.
Mat Sabu didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Suhaimi Ibrahim manakala Mat Sabu diwakili peguam Aminuddin Zulkifli dan Mohamed Hanipa Maidin. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20121022/ma_01/Permohonan-Mat-Sabu-ketepi-pertuduhan-ditolak#ixzz2A1wRDzE1
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan