Selasa, 23 Oktober 2012

Kajian Hadis Rasullulah Tentang Kiamat: 10 Tanda besar


dextral_sumatranBerikutan kejadian gempa bumi yang seringkali terjadi akhir-akhir ini hati saya terdetik untuk menulis tentang 10 tanda-tanda besar kiamat. Mungkin ada antara pembaca merasakan gegaran kecil baru-baru ini. Adakah ia petanda atau amaran dari Allah? Sama-sama kita hayati dan berfikir.
Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata:
“Datang kepada kami Rasulullah saw. Dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari kiamat”.
Lalu Nabi saw. bersabda:
“Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam a.s, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”. – Hadis Riwayat Muslim



Advertise Here
Saya permudahkan tentang 10 tanda-tanda kiamat besar ini.
1. Asap yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit seperti selesema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.
2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.
3. Dabbah, binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.
4. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.
5. Turunnya kembali Nabi Isa a.s. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahdi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.
6. Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu. (Sudah lama mereka bebas, sila rujuk artikel saya berkenaan kajian Ulama Imran N. Hosein)
7. Gempa bumi di Timur.
8. Gempa bumi di Barat.
9. Gempa bumi di Semenanjung Arab.
10. Api besar yang akan keluar dari Yaman.
Di blog saya telah banyak saya sentuh tentang topik dajal, Yakjuj dan Makjuj tetapi belum pernah saya sentuh tentang tanda kiamat besar iaitu gempa bumi. Banyaknya gempa bumi yang berlaku adalah antara tanda-tanda kiamat. Allah memberi peringatan kepada hambanya yang peka dan percaya akan kekuasaannya. Jadi terpulang kepada kita untuk mentafsirkan tanda-tanda itu.
Ayuh kita mulakan pengembaraan minda kita dengan kejadian semasa yang berlaku. Tsunami di Samoa dan gempa bumi di Indonesia baru-baru ini. Allah telah berfirman:
Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahwa al-Quran itu benar. Dan apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahwa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu.
( Fussilat 41: 53)
Sekurang-kurangnya 118 maut akibat tsunami yang melanda kepulauan Samoa semalam dan pihak berkuasa percaya angka korban terus bertambah, termasuk mereka yang hilang. Berikut adalah gambar-gambar Tsunami di Samoa.
samoa tsunami
samoa4_1491981c
Samoa-tsunami-scene-of-de-001
Kira-kira 500 bangunan kediaman di bandar dengan penduduk seramai 900,000 itu runtuh, memerangkap ribuan mangsa. Bandar Padang di Sumatera semalam sudah meragut 200 nyawa dengan ribuan lagi mangsa tertimbus di bawah runtuhan. Berikut adalah gambar-gambar gempa bumi di Sumatera.
eartquake
QUAKE-INDONESIA/
Indonesia Quake
Untuk maklumat lanjut gempa bumi yang sedang berlaku di seluruh dunia sila klik sini!
rising_disaster_graph
Tidakkah anda perasan bahawa bencana alam telah meningkat secara mendadak jika dibandingkan awal kurun ke akhir kurun? Perbezaan yang terlalu ketara. Tujuan artikel ini ditulis adalah bertujuan untuk mengajak anda semua berfikir dan merenung kembali apa yang sebenarnya yang terjadi pada hari ini. Bukanlah berniat untuk menakutkan anda semua. Ingat, hanya Allah yang maha berkuasa dan mengetahui segalanya. Wallahualam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan