Rabu, 26 September 2012

[VIDEO] KENAPA TAK ROGOL SAYA?


BIARLAH VIDEO TU BERBICARA  KAWAN2 TENGOK LAH SENDIRI KEKUASAAN ALLAH S.W.T






Assalamu'alaikum.

Kali ini kita akan membicarakan sedikit sebanyak mengenai ayat Kursi, dari sudut sejarahnya, kebesarannya dan juga hadith-hadith yang ada menjelaskan mengenai ayat Kursi ini.

Ayat Kursi ini adalah ayat ke-255 dalam surah al-Baqarah, surah ke-2 dalam al-Quran. Dan boleh juga dikatakan bahawa kesemua umat Islam telah menghafal ayat ini kerana telah diberitahu akan kebesarannya. Tidak semua ayat dalam kitab al-Quran ada diberi nama khusus melainkan ayat ini yang dinamakan khusus ayat Kursi. Kursi juga bermaksud kerusi dalam bahasa Melayu atau kalau kita terjemahkan didalam bahasa Inggeris kita akan dapat gambaran yang lebih tepat, iaitu "throne". Definisi "throne" dalam bahasa Inggeris adalah 'The power, dignity, or rank of such a personage; sovereignty'Definition of 'Throne'

Berikut adalah translasi tulisan rumi ayat Kursi daripada tulisan jawi:

Allahu la ilaha illa Huwa, Al-Haiyul-Qaiyum
La ta'khudhuhu sinatun wa la nawm,
lahu ma fis-samawati wa ma fil-'ard
Man dhal-ladhi yashfa'u 'indahu illa bi-idhnihi
Ya'lamu ma baina aidihim wa ma khalfahum,
wa la yuhituna bi shai'im-min 'ilmihi illa bima sha'a
Wasi'a kursiyuhus-samawati wal ard,
wa la ya'uduhu hifdhuhuma Wa Huwal 'Aliyul-Adheem
 

Dan berikut pula adalah terjemahannya didalam bahasa Melayu:

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia,
Yang Tetap hidup,

Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya).
Yang tidak mengantuk usahkan tidur.
Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi.
Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya.
yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya).
Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).

Terjemahan al-Quran

Sekiranya kita pernah mencari artikel mengenai ayat Kursi ini, kita pasti akan terlintas dengan artikel yang agak sama. Saya akan ulang, tambah dan perbetulkan mana yang sesuai. Ayat Kursi ini diturunkan setelah berlakunya peristiwa Hijrah. Semasa penurunannya, ayat Kursi ini telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat oleh kerana kehebatan dan kemuliannya. Sehinggakan syaitan dan iblis menjadi takut kerana adanya satu penghalang bagi perjuangan mereka untuk menyesatkan manusia. Setelah diturunkan ayat ini kepada Rasulullah s.a.w., baginda dengan segera memerintahkan Zaid bin Sabit r.a. (Sabit atau Thabit dan bukan 'bt' dalam kebanyakan artikel yang lain) untuk menulis dan menyebarkannya.
Siapakah Zaid ini ?

Zaid merupakan seorang sahabat Rasulullah s.a.w. yang tinggal bersama baginda ketika berada di Madinah. Kekuatan daya ingatan Zaid bin Thabit r.a. menyebabkan beliau ini dilantik menjadi penulis wahyu dan surat-surat Rasulullah s.a.w. untuk dihantar ke pelbagai pihak.

Kehebatan Zaid sebagai penulis surat ditunjukkan apabila Nabi s.a.w. menulis surat kepada pihak Yahudi di luar Madinah untuk menggunakan khidmat dari Yahudi tempatan. Nabi s.a.w. berkata kepada Zaid bahawa baginda tidak berpuas hati apa yang Yahudi tulis dan bacakan untuk baginda, dan risau mereka itu akan tersilap tafsir dan tulis. Oleh itu Rasulullah s.a.w. meminta Zaid untuk belajar bahasa Yahudi dan beliau dapat menguasai bahasa Ibrani (Hebrew) dalam masa 15 hari. Zaid juga telah menguasai bahasa Suryani (Syrian) dalam masa 17 hari.

Begitulah sedikit pengenalan mengenai Zaid bin Thabit r.a., sahabat rapat Rasulullah s.a.w. yang menulis dan menyebarkan mengenai ayat Kursi ini.
Rujukan 1Rujukan 2Rujukan 3

Kembali semula kepada kisah ayat Kursi. Keagungan ayat ini diterangkan dalam hadith berikut:

Hadith pertama:

Ubayy bin Ka'b r.a. reported: The Messenger of Allah s.a.w. said:

"Abu Mundhir! Do you know which Ayah in Allah's Book is the greatest? I said: 'Allah and His messenger know best.' He s.a.w. again said: 'Do you know which Ayah in Allah's Book, according to you, is the greatest?' I (Abu Mundhir) replied: ‘It is 'Allah la ilaha illa Huwal-Hayyul-Qayyum'.[2:255]. Thereupon he (peace be upon him) patted me in the chest and said, ' Rejoice by your knowledge, O Abu Mundhir! (i.e, may this knowledge be a source of respect, honour and benefit to you)'."
(Hadith Riwayat Muslim)

Hadith kedua:

Asma' bint Yazid (radiAllahu anhu) reported, ' I heard the Messenger of Allah (peace be upon him) say about these two following Ayahs, i.e, verses:

"Allah! There is no god but He - the Living, The Self-subsisting, Eternal. [2:255], And, Alif Lam Mim, Allah! There is no god but He - the Living, The Self-subsisting, Eternal [3:1-2], That they contain Allah's Greatest Name."
(Imam Ahmad bin Hanbal in his Musnad)

Didalam hadith yang berikut pula ada menerangkan, barangsiapa yang membaca ayat Kursi setelah solat fardhu, maka tiada yang menghalang dia masuk ke syurga melainkan maut. Oleh itu kita perlu lah mengamalkan membaca ayat Kursi setiap kali kerana ajal kita akan datang pada bila-bila masa.

Abu Umamah Al-Bahili (may Allah be pleased with him) reported: The Prophet (peace be upon him) said:

"The one who recites it after each of the obligatory prayers, then death will be the only thing preventing him from entering Paradise."
(Hadith riwayat Ibn Sunni dan Ibn Hibban)

Kita juga digalakkan untuk membaca ayat Kursi apabila hendak tidur bagi mendapat perlindungan daripada Allah s.w.t. semoga tiada syaitan dapat datangi kita sehinggalah subuh. Ini dirakamkan didalam hadith sahih al-Bukhari.

When you lie down in your bed, recite ayat al-Kursi, Allah! La ilaha illa Huwa (none has the right to be worshipped but He), the Ever Living, the One Who sustains and protects all that exists… [al-Baraqah 2:255] until the end of the ayah, then you will have a protector from Allah and no shaytan (devil) will come near you until morning comes
(Sahih Bukhari)

Dan apabila kita memasuki rumah, kita disuruh untuk membaca ayat Kursi kerana ianya dapat menghalau syaitan keluar dari rumah.

Abu Hurairah (radiAllahu anhu) narrated:
"In Surah al-Baqaraah there is an ayah which is the best of all the ayahs of the Qur’an. It is never recited in a house but the Shaytan leaves: Ayat al-Kursi. Everything has its pinnacle and the pinnacle of the Qur’an is Surah al-Baqarah. In it there is an ayah which is the greatest in the Qur’an: Ayat al-Kursi"
(at-Tirmidhi)

Terdapat pelbagai lagi kehebatan ayat Kursi ini yang kita pernah baca, tetapi tidak dapat saya pastikan dari mana hadithnya dan siapa perawi hadith tersebut, maka saya tidak sertakan disini. Walaubagaimanapun, anda boleh dapati didalam artikel sini. Kisah mengenai Abu Hurairah r.a. yang menjaga gudang zakat yang sangat popular juga mengenai ayat Kursi. Oleh kerana ianya agak panjang, saya sertakan didalam artikel yang lain.

Semoga dengan ini kita akan cuba untuk mengamalkan membaca ayat Kursi didalam situasi-situasi berdasarkan hadith-hadith diatas. Terima kasih kerana membaca.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan