Rabu, 26 September 2012

GUAN ENG GUNA KUASA VETONYA SEKALI LAGI MEMALUKAN NIK AZIZ


Tak habis lagi rupanya cerita hudud ni dijaja disana sini PAS tak ketinggalan pula DAP pula nak tayang kehebatannya pula dalam memukau penyokong PAS dalam menentang apa sahaj dalam perlaksanaan hukum Hudud pada macai2 PAS tu takkan lah nak laksana Hukum Allah S.W.T kita nak pegi tanya kafir ni dulu baru boleh buat sudah2lah buat kerja gila bersekongkol dengan org mcm tu


Guan Eng sekali lagi memalukan geng2 Nik Aziz dengan menyatakan hudud tiada tempat dalam Pakatan Rakyat dan dengan ego nya dia menolak bagaikan dia tu ketua dalam pakatan rakyat yang mempunyai kuasa hebat lagi unggul

pada orang pas tu marilah kita sama tegakkan islam dengan masuk kembali dalam barisan dan tiggalkanlah pemimpin DAP yang bongkak itu sama2 kita cuba laksana kan usaha sama join UFB  UNTUK CUBA LAKSANAKAN HUDUD SEKIRANYA TIADA APA2 HALANGAN @ULAMA MUDA JELAJAH MALAYSIA PERKENAL HUDUD

KUALA LUMPUR - DAP menyatakan isu hudud yang diperjuangkan oleh bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa tidak konsisten sebelum dan selepas beliau tidak lagi memegang jawatan itu.
Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata ketika Nasharudin menjadi Timbalan Presiden Pas, beliau akur dengan pendirian DAP yang tidak memasukkan hudud dalam dasar Pakatan Rakyat (PR).
Menurutnya, pendirian bekas Timbalan Presiden Pas itu yang memperjuangkan hudud timbul selepas beliau tidak lagi memegang jawatan itu.
"Kita rasa pelik sedikit, sebelum ini semasa beliau jadi Timbalan Presiden Pas, beliau tidak ada masalah dengan pendirian DAP.
"Tapi bila beliau sudah tidak lagi pegang jawatan itu, beliau mula gesa kita untuk terima hudud dan mengapa sekarang ada pula masalah dengan pendirian kita mengenai hudud, dan kita kena bersikap konsisten," katanya kepada pemberita di lobi parlimen hari ini.
Semalam, DAP dikatakan sebulat suara menolak hudud.
Guan Eng menegaskan hukum hudud bukan dasar pakatan pembangkang.
"Dalam pakatan pembangkang, mana-mana parti boleh mempunyai pandangan yang berbeza tetapi hudud tidak berbangkit langsung sebagai dasar kita dan perkara itu jelas.
"Namun, kerjasama ini berdasarkan platform sama yang telah digariskan dengan jelas sekali," katanya.
Justeru Nasharudin menggesa DAP supaya memohon maaf diatas kenyataan yang dikeluarkan oleh parti itu.
Dalam pada itu, Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, pendirian mengenai hukum hudud itu adalah konsisten dan tidak mempunyai sebarang perubahan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan