Jumaat, 31 Ogos 2012

PAKATAN TAYANG PUNGGUNG DIDATARAN MERDEKA

Wahai orang2 melayu!!!!!! ini kah yg kamu mahu lihat..Berikut adalah bendara ciptaan PR!!!admin memang tak sanggup melihat bendera malaysia ni ditukar mcm ni...dan admin tak sanggup Agenda jahat komunis suatu masa dulu untuk menjadikan Malaysia sebuah negara republik dan menghapuskan kuasa Raja-Raja Melayu yang menjadi kekuatan orang2 melayu, kini DAP meneruskan  perjuangan tersebut supaya kekuatan orang melayu akan pudar,ayuh semua orang melayu khususnya penyokong pakatan rakyat bangun dari mimpi jagn jadi bodoh lagi dimakan janji palsu pembangkang yang cuba memadam sejarah dan memusingkan sejarah yang mana pembangkang cuba putar belitkan demi mendapat sokongan dari anak muda pembangkang pada masa ini.



Betullah kata- kata yang diucapkan olehDR.Mahadhir melayu mudah lupa,kalau orang melayu ingt pejuangn org dulu2 pasti mereka tidak akan buat semua ini.org melayu kita mudah terpengaruh degan anasir2 luar dan hasutan dri mereka2 yg nk menghncurkn keamanan negara kita.ingat satu  perkara,jikalau n
egara ini tergadai pada mereka kita pasti tidak akan dapat merasai nikmat keamanan dan kemerdekaan seperti yang kita kecapi hari ini malah kita orang melayu ni akan ditindas dan dihina.janji2 manis yang ditaburkan itu hanyalah utk mengaburi mata dan hati orang2 melayu kita,kita wajib sedar itu semua anak bangsaku jangan sampai nasi menjadi bubur baru nak menyesal


Inikah yang diajarkan oleh pakatan pembangkang pada pengikut2nya,sungguh biadap dan memalukan sanggup membuat perkara keji dan memalukan orang melayu.inilah perjuangan sebenar pakatan pembangkang iaitu merosakkan aklak orang2 melayu.perkara ini harus kita ingat sampai bila2 kebiadapan pakatan pembangkang ini tidak sesekali boleh dimaafkan




Isnin, 27 Ogos 2012

NIK AZIZ TERIMA BANTUAN SYAITAN ?





Iblis menjawab, demi kekuasaan Engkau, 
aku akan sesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hambaMu yang mukhlis di antara mereka." (Shaad: 82-83)

Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahwa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, Kecuali hamba-hambaMu yang ikhlas". (Al Hijr: 39–40)


Di dalam Mikhtashar Minhaj al Qosidhin disebut satu riwayat sebuah kisah, ada satu pokok yang sering disembah oleh penduduk kampung. Maka ada seorang lelaki mengatakan,”Aku akan tebang pokok itu yang telah menyebabkan ramai manusia menjadi syirik”. Lelaki itu pun mengambil kapak dan pergi ke pokok tersebut untuk menebangnya.

Syaitan yang menyerupai manusia menunggu di pokok itu dan berkata,”Apa yang kau ingin lakukan ?" Lelaki itu menjawab,’Aku ingin tebang pokok ini. Ramai telah syirik kerana menyembah pokok ini". Syaitan itu berkata, "Aku akan menghalang kamu. Kamu perlu mengalahkan aku untuk menebang pokok ini". Lalu terjadilah pergelutan dan lelaki itu berjaya mencekik syaitan yang menyerupai manusia itu. Syaitan berkata, "Aku mengaku kalah dan kau boleh tebang pokok ini. Tetapi dengar dulu cadangan aku. Kau tidak akan dapat apa-apa faedah pun jika kau tebang pokok ini. Orang kampung akan cari pokok lain untuk mereka sembah. Jika kau setuju untuk tidak tebang pokok ini, aku akan berikan dua dinar di bawah bantal kau pada setiap pagi." Lelaki itu bersetuju dengan tawaran tersebut.

Pada keesokan harinya dia mendapati ada dua dinar dari bawah bantalnya. Kemudian pada esok harinya lagi dia tengok tidak ada dua dinar seperti yang dijanjikan. Lelaki itu merasa marah lalu mengambil kapak dan pergi untuk tebang pokok itu. Setiba di pokok itu, syaitan telah sedia menunggu. ”Apa yang kau ingin lakukan ?". Lelaki itu menjawab,’Aku nak tebang pokok ini. Hari ini tidak ada 2 dinar seperti yang kau janjikan. Kau telah tipu aku". Syaitan itu berkata, "Aku akan menghalang kamu. Kamu perlu mengalahkan aku untuk tebang pokok ini".

Lalu terjadilah pergelutan dan kali ini lelaki itu kalah, syaitan telah berjaya mencekik lelaki itu" Syaitan berkata,”Tahukah kamu siapa aku?" Syaitan memberitahu dia sebenarnya adalah syaitan". Lelaki itu bertanya, mengapa hari itu aku dapat kalahkan kau tetapi kali ini aku tidak dapat kalahkan kau?" Syaitan menjawab, "Kali pertama kau datang, niat kau ikhlas semata-mata kerana Allah sehingga aku tidak berdaya mengalahkan kau. Tetapi kali ini kau datang kerana kau marah tidak dapat dua dinar dan apabila kau tidak ikhlas kerana Allah maka aku berjaya mengalahkan kau".


Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. (Al-Hujuraat 49:6)


ORANG PAS WAJIB TINGGALKAN DAP SEPERTI APA YANG DISARANKAN USTAZ NASARUDIN BARU2 INI



MAKSUD TERSIRAT DRI KATA2 NIK AZIZ INI?
"Pelik apa, kalau (Datuk Mohd) Asri (Muda) yang berpuluh tahun menjadi Presiden Pas boleh masuk UMNO, jadi Nasharudin juga akan turut berbuat demikian," .

Nik Aziz berkata demikian selepas gambar bekas Timbalan Presiden Pas tersebut (Ustaz Nasharuddin) bersama DS Najib Tun Razak dan tokoh2 ulamak terkenal Mekah (Sheikh Dr Abdullah Hamad Jalaly, Mufti Masjid
il Haram Makkah Sheikh Dr Sulaiman Al Salumi dan Ketua Hakim Mahkamah Makkah Dr Saleh Darwish) terpampang didada akhbar2 semalam.

Maksudnya jalan yg diambil UMNO itu jalan yg lurus, jalan yang diredhai Allah sebagaimana selalu kita mendoakan agar Allah tunjukkan jalanNya.. Manusia secara fitrahnya mahukan yg jalan yg benar, jalan yg lurus. Bayangkan betapa hebatnya Allah s.w.t., seorang insan yg sudah lama menjadi Presiden PAS pun boleh masuk UMNO, inikan pula ulamak muda seperti us Nasharuddin. Doa mereka agar ditunjukkan jalan yg lurus Allah makbulkan. Alhamdulillah.

Jalan yg diambil PAS jalan yg tidak lurus, bengkang bengkok.
Skjp nk negara Islam skjp tk nak krn dikatakan tak ada pulak dlm alquran.
Skjp nak hudud, skjp tak nak dan dikatakan soal hudud itu kecil hanya 0.00001% shj drpd alquran, agak terdesak nak semula.

Skjp tak nak DAP skjp nak DAP kemudian tak nak pulak, kemudian nak pulak, sedangkan DAP ITU TERANG2 MEMUSUHI AGAMA ALLAH LAst2 sekali kalimah Allah digadai kpd kristian utk diguna didalam gereja. Lebih dasyat Datuk Dr. Hasan Ali yg pertahankan akidah umat ISlam disingkirkan drpd parti.

Skjp kepimpinan melalui ulamak, tapi hari ini ulamak sudah dibuang. Bayangkan hari ini barisan kepimpinan PAS sudah ketandusan ulamak. Dlm muktamar Agung PAS yg lepas ulamak2 telah kalah dan yg dipilih bukanlah dari kalangan ulamak.

Tak cukup dgn itu habis org Islam yg tak sehaluan dgn mereka lain diKAFIRkan mereka.

Sebagai catatan Nik Aziz adalah orangnya yg berkata sanggup berkawan (bergabung tenaga) dgn syaitan utk lawan UMNO. Sedangkan Allah telah berkali2 memberi amaran bahawa SYAITAN ITU MUSUH YANG NYATA.

Apa lagi? kerana politik, Nik Aziz hina nabi dgn berkata nabi Muhammad s.a.w. itu spt mamat2 kampung yg lain saja ketika dilahirkan.

PESANAN PADA ORG YG BERTELAGAH SESAMA ISLAM DALAM POLITIK



SABDA NABI SAW YANG BERMAKSUD : "HENDAKLAH KAMU BERTAQWA KEPADA ALLAH,JIKA ADA SESEORANG MEMALUKAN ENGKAU DGN SESUATU YANG MEMANG ADA PADA ENGKAU (KEBURUKAN YANG ENGKAU LAKUKAN ) ,,MAKA JANGANLAH ENGKAU BERTINDAK BALAS MEMALUKANNYA PULA DGN MENDEDAHKAN SESUATU (KEBURUKAN ATAU KEJAHATAN) YANG ADA PADANYA. KERAANA (JIKA KAMU SABAR) KAMU AKAN MEMPEROLEHI PAHALA (C
ACIANNYA ) DAN IA MEMPEROLEHI CELAKA (DOSA) .JANGANLAH KAMU MEMAKI SESUATU..... ( IMAM AHMAD TARMIZI )..


SABDA NABI LAGI :......." JIKA ADA DUA ORANG SERING MENCACI-MAKI DIANTARA MASING-MASING,MAKA KEDUA-DUANYA ADALAH SYITAN YANG MENYALAK-NYALAK DAN MEMBUAT KEKACAUAN. " ( IHYA` ULUMUDDIN OLEH IMAM GHAZALI ..


BAGAI MANAKAH PERLEMBAGAAN MALAYSIA DICIPTA


Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan negara telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat untuk pengalaman sistem ini. Salah satu syarat sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan, iaitu Perundangan, Kehakiman dan Eksekutif (pentadbiran).

Malaysia juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi berasaskan kepada sistem Persekutuan. Sehubungan dengan itu, ia bermakna negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak , Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah telah bersetuju dengan konsep penubuhan Negara Malaysia.

Setiap negeri yang terbabit telah menyerahkan sebahagian kuasa masing-masing, seperti kewangan, pertahanan, pelajaran, luar negara dan lain-lain lagi seperti mana yang telah tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia yang di tadbir oleh Kerajaan Pusat. Ada perkara-perkara yang dijadikan kuasa negeri dan negeri akan mentadbirkan kuasa.

Sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan, maka diperuntukan oleh Perlembagaan institusi Yang Di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu di sembilan buah negeri dan Majlis Raja-raja. Baginda adalah diberi kuasa untuk memelihara adat istiadat orang Melayu dan Pentadbiran Agama Islam di negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah-wilayah Persekutuan.

Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong juga menjadi Kepala Utama Negara dan Baginda adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara. Baginda akan menjalankan tugas-tugas dibawah Perlembagaan mengikut nasihat Perdana Menteri atau Jemaah Menteri . Raja-raja pula menjadi Ketua Negeri masing-masing dan menjalankan tugas mengikut nasihat Menteri-menteri Besar atau Ketua-ketua Menteri.

Struktur Parlimen Malaysia

Parlimen Malaysia merupakan lambang struktur demokrasi Kerajaan dan mencerminkan aspirasi rakyat melalui perwakilan yang dipilih. Parlimen Malaysia yang merupakan badan penggubal undang – undang tertinggi negara terdiri daripada tiga komponen utama:

1. Yang Di-Pertuan Agong

2. Dewan Negara

3. Dewan Rakyat

Berikutan pilihan raya umum yang pertama selepas negara mencapai kemerdekaan, Mesyuarat Penggal Pertama Parlimen Pertama Persekutuan Tanah Melayu diadakan pada 11 September 1959 di Dewan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Pada tarikh tersebut, Dewan Negara dan Dewan Rakyat buat julung-julung kalinya bersidang serentak di Dewan Tunku Abdul Rahman. Aturan Urusan Mesyuarat yang pertama ialah pemilihan Yang Di-Pertua bagi kedua-dua Dewan tersebut. Ini diikuti oleh majlis mengangkat sumpah oleh kesemua 38 Ahli Dewan Negara dan 104 Ahli Dewan Rakyat.

Pada 16 September 1963, Malaysia telah terbentuk apabila Sabah, Sarawak dan Singapura menjadi sebahagian daripadanya. Berikutan itu, nama Parlimen Persekutuan Tanah Melayu telah bertukar kepada Parlimen Malaysia. Tarikh tersebut juga mencatat satu lagi sejarah penting apabila persidangan Parlimen diadakan di bangunan baharunya sendiri yang tersergam indah dalam kawasan Taman Tasik Perdana dengan keluasan 16.2 hektar.

Kini, keahlian Parlimen Kedua Belas bertambah kepada 70 ahli bagi Dewan Negara dan 222 ahli bagi Dewan Rakyat. Parlimen Malaysia akan terus menjadi institusi yang dijunjung tinggi oleh semua rakyat Malaysia dan akan terus menjadi lambang demokrasi berparlimen negara untuk selama-lamanya.

PERBEZAAN PAS DAN UMNO DLM PERJUANGAN ISLAM



Walaupun kita diberitahu ulama adalah pewaris Nabi tetapi merek bukanlah Nabi. Mereka hanya manusia biasa walaupun terpelajar di     dalam agama Islam. Manusia biasa boleh membuat kesalahan termasuk kesalahan mentafsir. Sebab itulah terdapat banyak tafsiran yang agak teramat berbeza antara mereka sehingga berlaku permusuhan dan peperangan antara pengikut mereka. Ini bermakna ada yg tidak betul apa yang disampaikan kepada ahli2 mereka di luar sana              

Diantara tafsiran mereka yang mungkin tidak betul



Di negara kita ini pun terdapat banyak perbezaan pendapat walaupun kita semua menerima ajaran ahli sunnah wal jamaah imam Shafie. Diantara sembilan negara dan satu wilayah di Malaysia terdapat banyak perbezaan dari hukum dan ajaran Islam.


Tentu jelas perbezaan pendapat tidak menjadikan seseorang itu sudah terkeluar dari arus perdana Islam sunni. Sudah tentu jika dikaji pendapat ulama yang mengikut ajaran sunni di negara-negara lain akan terdapat lebih banyak perbezaan.Hanya kerana adanya perbezaan pendapat yang tidak besar tidak sepatutnya menyebab tuduhan bahawa seseorang itu sudah tidak lagi turut ajaran sunni. Apatah lagi perbezaan pendapat itu dialas dengan hujah-hujah yang berasas kepada Al Quran dan sunnah nabi







Jawapan kepada saya tentulah saya jahil berkenaan agama Islam dan tidak berhak bercakap berkenaan dengannya. Yang tidak akan dijawab ialah yang mana satu yang saya perkatakan ini adalah tidak berasas kepada kenyataan.bagi saya kesilapan yang PAS buat ini sudah melampaui batas dan perlu kita betulkan

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. (Al-Hujuraat 49:6)

Ahad, 26 Ogos 2012

MERDEKA DIMATA PAKATAN RAKYAT ?


Tidak lama lagi kita akan menyambut Hari kemerdekaan kita Dan kita bangga kerana dalam jangkamasa itu kita telah maju jauh kehadapan sehingga mereka yang lama berada di luar negara tidak kenal tanahair mereka apabila kembali. Demikian perubahan yang telah berlaku.Orang asing pula apabila datang pertama kali ke Malaysia tidak percaya ini adalah negara membangun, negara dunia ketigaBukan sahaja Kuala Lumpur dan Putra Jaya sudah bertukar wajah dan dipenuhi dengan bangunan pencakar langit, dengan jalan-jalan bertingkat yang bersih dan dihias dengan tanaman bunga-bungaan sepanjang jalan dan lain-lain, tetapi bandar-bandar lain juga memperlihatkan pertumbuhan dan pembesaran, lengkap dengan jalan bertingkat yang penuh sesak dengan kereta menandakan kita sudah begitu jauh dari segi kemajuan Negara apakah rakan2 tidak merasa bangga dengan kemajuan yang sama2 kita kecapi Rata-rata kita lihat kemajuan yang telah dicapai. Jumlah yang miskin telah banyak dikurangkan dan mereka turut bersama bergembira


Rakyat Malaysia yang pergi ke negara asing berasa bangga kerana Malaysia dikagumi dan dihormati oleh siapa sahaja yang mereka bertemu apabila sahaja orang asing mengetahui yang mereka dari Malaysia


Jikalau dahulu semua ini rakyat Malaysia gembira dan bersemangat untuk menyambut kedatangan Hari Merdeka. Jalur Gemilang dikibar di kereta-kereta dan di bangunan-bangunan. Bukan sahaja Melayu yang bersemangat, Cina, India,malah semua suku kaum di Sabah dan Sarawak memperlihatkan semangat dan kegembiraan mereka tapi hari ni jika kita lihat semagat itu telah pudar sama sekali mungkinkah kerana ketaksubpan Politik melampau sehingga semangat patriotik cintakan Negara telah musnah dalam sanubari sebilangan Rakyat Malaysia sekarang itu yang membuatkan saya begitu sedih melihat perkara ini terjadi sehinggakan ada mulut2 sumbang sanggup mengatakan jalur Gemilang sebagai Jalur malang

Bukan senang kita nak merdeka dulu rakan2,
Tidak ada sesuatu bangsa yang bermaruah yang tidak ingin bebas daripada belenggu penjajahan. Kita lihat di sana-sini peperangan untuk membebas wilayah sendiri sedang berlaku. Kita lihat penderitaan mereka, hidup tidak sempurna, berlari-lari dengan bungkusan harta yang sedikit ke sana-sini. Sekejap-sekejap letupan senjata membunuh dan mencederakan mereka. Inilah nasib orang yang dijajah yang ingin merdeka sekarang pun jika kita lihat berapa banyak negara Islam yang aman dari peperangan kita sangat beruntung kerana kerajaan yang memimpin banyak menabur jasa bagi mengekalkan keamanan dan keharmonian kita.


Cuma kebelakangan ni agak menduka citakan sedikit kerana ada sebilangan penyokong yg benci keamanan yang kita kecapi sanggup bersifat ganas,suka pada huru-hara,dan berminat merusuh.

Fikir2kan lah rakan2 jangan sampai kemerdekaan yang kita kecapi hilang dekkerana ketamakan kita yang ingin mendapatkan kuasa memerintah walhal belum dapat memerintah pun Negara dah huru-hara dibuatnya ini kan pula bila dapat memerintah pandai2lah korang fikirkan ini hanya teguran iklas sahaja kalau terkasar bahasa harap dimaafkan wassalam........

Sabtu, 25 Ogos 2012

ILMU-JELAJAH HUDUD SELURUH MALAYSIA

Satu usaha murni yang pendekar lihat amat kena pada masanya dimana isu ini amat popular dimainkan oleh pro pembangkang dan pro BN pada masa kini,jadi marilah kita sama2 jayakan dan menyokong usaha Sekretariat Ilmuan Malaysia (iLMU) akan menganjurkan program jelajah hudud di seluruh negara dengan memfokuskan masyarakat bukan Islam mulai bulan depan.

Kita wajib menolak kepentingan politik demi menegakkan syiar Islam di Malaysia dengan penerangan tersebut moga2 dgn kefahaman yg disampaikan pada pihak yg berkenaan terutama MCA, MIC, GERAKAN dan DAP dapat menerima dan menyokong kita melaksana kan hukum hudud yg kita sama2 inginkan


Program itu bertujuan memberi penerangan dan kefahaman terperinci mengenai undang-undang berkenaan supaya tidak disalah tafsir mereka.

Pengerusinya, Fathul Bari Mat Jahaya, berkata pihaknya sedang dalam proses menghantar jemputan kepada parti politik seperti MCA, MIC, GERAKAN dan DAP.

“Kita mahu terjemahan hudud itu disampaikan menerusi tafsiran yang mudah difahami dan jelas supaya mereka (bukan Islam) tidak menganggap ia (hudud) sebagai ancaman dan zalim kepada penganut bukan Islam.

“Tumpuan jelajah ini juga bukan untuk membincangkan bagaimana kaedah pelaksanaan hudud, sebaliknya usaha memahami isi kandungan hukum Islam itu, disusuli alasan dan hujah sebenar,” katanya.

Fathul Bari berkata, ia juga sebagai platform untuk memastikan hukum itu tidak terus dijadikan bahan pertikaian dan perbalahan terutama pemimpin politik.

Jelajah itu akan bermula di Perlis pertengahan September depan sebelum ke negeri lain. Sesi penerangan dan diskusi akan disampaikan oleh panel daripada iLMU serta ulama dan tokoh agama.

Siaran akhbar Berita Harian, Jumaat 24 Ogos 2012, m/s 4

SILA LAWAT UNTUK MAKLUMAT TERPERINCI;- ILMUAN MALAYSIA.COM ATAU DI Link: http://ustazfathulbari.wordpress.com/2012/08/24/ilmu-jelajah-hudud-seluruh-malaysia/


yang ini usaha pihak pas pula

ARKIB : 28/08/2012

Tidak bersungguh punca hudud gagal dilaksana di Kelantan

KUALA LUMPUR 27 Ogos - Kegagalan kerajaan Pas Kelantan melaksana hukum hudud sehingga kini adalah disebabkan tiada tanda-tanda kerajaan negeri itu bersungguh-sungguh mahu melaksanakan syariat tersebut khususnya dalam bidang perundangan.

Perkara itu didedahkan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berdasarkan kenyataan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Wan Abd. Muttalib Embong dalam nota diskusi Undang-Undang Tubuh Negeri Kelantan bertarikh 3 Oktober 1996.

Menurut beliau, Wan Abd. Muttalib dalam nota itu serta nota perakuan Lujnah Panel Undang-Undang dan Guaman Pas Pusat ke atas Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 turut memperakukan enakmen yang merangkumi hukum hudud, qisas dan takzir adalah terpelihara mengikut syarak dan tidak bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

"Oleh itu, apa perlunya pemimpin-pemimpin UMNO dipersalahkan. Apa perlunya Perlembagaan dipersalahkan ekoran kegagalan Kelantan melaksanakan hukum hudud?

"Lujnah Undang-Undang dan Guaman Pas sendiri telah memutuskan sejak 1 Oktober 1994 bahawa hukum hudud adalah undang-undang sah dan boleh dikuatkuasakan kerana tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.

Ibrahim tampil menjelaskan perkara itu memandangkan setiap kali timbul persoalan kegagalan Pas melaksanakan hukum hudud alasan diberikan pemimpin-pemimpin parti tersebut termasuk Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah kerana halangan daripada kerajaan terutamanya bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Ibrahim berkata, dalam nota diskusi itu juga Wan Abd. Muttalib ada menyebut kerajaan Kelantan sendiri tidak pernah membuat permintaan kepada Pas Pusat (Lujnah Panel Penasihat Undang-Undang dan Guaman) untuk mendapatkan pandangan berhubung perkara tersebut.

"Saya juga belum melihat kerajaan Kelantan mengemukakan rangka kerja ke arah pelaksanaan syariat itu," katanya.

Menurut Ibrahim, beliau turut menerima salinan nota peringatan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas bertarikh 18 April 1998 yang antara lain mengandungi persoalan dikemukakan Wan Abd. Muttalib mengenai persediaan Kelantan melaksanakan undang-undang Islam.

"Dalam peringatan mesyuarat itu, Wan Abd. Muttalib bertanya mengapa ia belum dilaksanakan sedangkan mereka berkuasa," katanya.

Menurut Ibrahim, bersandarkan bukti-bukti yang diperoleh itu jelas menunjukkan Pas tidak mempunyai masalah melaksanakan hukum hudud di Kelantan.

"Mereka yang sebenarnya tidak mahu melaksanakan hukum ini kerana mereka sendiri tidak mampu menjalankannya.

"Bagi saya hentikanlah perangai menyalahkan orang lain. Jangan salahkan kerajaan Pusat, jangan salahkan UMNO, jangan salahkan Tun Mahathir sebaliknya salahkan diri sendiri.

"Hakikatnya, Pas sendiri tidak berniat dan tidak mampu melaksanakan hukum Allah ini," katanya.
 — 

Khamis, 16 Ogos 2012

ORG PAS PATUT CONTOHI USTAZ NASHARUDDIN

MAKSUD TERSIRAT DRI KATA2 NIK AZIZ INI?
"Pelik apa, kalau (Datuk Mohd) Asri (Muda) yang berpuluh tahun menjadi Presiden Pas boleh masuk UMNO, jadi Nasharudin juga akan turut berbuat demikian," .

Nik Aziz berkata demikian selepas gambar bekas Timbalan Presiden Pas tersebut (Ustaz Nasharuddin) bersama DS Najib Tun Razak dan tokoh2 ulamak terkenal Mekah (Sheikh Dr Abdullah Hamad Jalaly, Mufti Masjid

il Haram Makkah Sheikh Dr Sulaiman Al Salumi dan Ketua Hakim Mahkamah Makkah Dr Saleh Darwish) terpampang didada akhbar2 semalam.

Maksudnya jalan yg diambil UMNO itu jalan yg lurus, jalan yang diredhai Allah sebagaimana selalu kita mendoakan agar Allah tunjukkan jalanNya.. Manusia secara fitrahnya mahukan yg jalan yg benar, jalan yg lurus. Bayangkan betapa hebatnya Allah s.w.t., seorang insan yg sudah lama menjadi Presiden PAS pun boleh masuk UMNO, inikan pula ulamak muda seperti us Nasharuddin. Doa mereka agar ditunjukkan jalan yg lurus Allah makbulkan. Alhamdulillah.

Jalan yg diambil PAS jalan yg tidak lurus, bengkang bengkok.
Skjp nk negara Islam skjp tk nak krn dikatakan tak ada pulak dlm alquran.
Skjp nak hudud, skjp tak nak dan dikatakan soal hudud itu kecil hanya 0.00001% shj drpd alquran, agak terdesak nak semula.

Skjp tak nak DAP skjp nak DAP kemudian tak nak pulak, kemudian nak pulak, sedangkan DAP ITU TERANG2 MEMUSUHI AGAMA ALLAH LAst2 sekali kalimah Allah digadai kpd kristian utk diguna didalam gereja. Lebih dasyat Datuk Dr. Hasan Ali yg pertahankan akidah umat ISlam disingkirkan drpd parti.

Skjp kepimpinan melalui ulamak, tapi hari ini ulamak sudah dibuang. Bayangkan hari ini barisan kepimpinan PAS sudah ketandusan ulamak. Dlm muktamar Agung PAS yg lepas ulamak2 telah kalah dan yg dipilih bukanlah dari kalangan ulamak.

Tak cukup dgn itu habis org Islam yg tak sehaluan dgn mereka lain diKAFIRkan mereka.

Sebagai catatan Nik Aziz adalah orangnya yg berkata sanggup berkawan (bergabung tenaga) dgn syaitan utk lawan UMNO. Sedangkan Allah telah berkali2 memberi amaran bahawa SYAITAN ITU MUSUH YANG NYATA.

Apa lagi? kerana politik, Nik Aziz hina nabi dgn berkata nabi Muhammad s.a.w. itu spt mamat2 kampung yg lain saja ketika dilahirkan.

Isu Air- Tender terbuka Langat 2



pakatan pembangkang tuduh Barisan Nasional (BN) nak tolong kroni dengan menawarkan projek ini secara rundingan terus. Jadi kita buat tender terbuka. 

Putrajaya: Proses pengeluaran tender terbuka pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 sedang dilaksanakan walaupun kerajaan Selangor belum meluluskan pembinaannya. 

Kerajaan Persekutuan berpendapat penangguhan pembinaan loji dan sistem agihan air yang sepatutnya bermula pada 2010 akan menjejaskan kapasiti air terawat menjelang 2014. 
“Kita tidak boleh terus digantung tak bertali kerana projek ini kritikal, sekali gus menjamin penduduk Putrajaya, Kuala Lumpur dan Selangor tidak mengalami krisis air. 

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar, berkata permohonan dikemukakan pada 2010, tetapi kerajaan Selangor menerusi Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) hanya memberi jawapan keputusan permohonan ditangguhkan.

“Tangguh sampai bila kita tak tahu. Justeru, kita buat permohonan baru kepada MPKj dan pada masa sama, keluarkan tender terbuka kerana projek ini tidak boleh dilengahkan lagi.

“Kita tidak boleh terus digantung tak bertali kerana projek ini kritikal, sekali gus menjamin penduduk Putrajaya, Kuala Lumpur dan Selangor tidak mengalami krisis air. 
“Dulu, pakatan pembangkang tuduh Barisan Nasional (BN) nak tolong kroni dengan menawarkan projek ini secara rundingan terus. Jadi, kita buat tender terbuka,” katanya semalam.

Bagaimanapun, Noh berkata kerajaan Selangor tidak mahu membida tender itu tetapi tidak menolak kemungkinan mana-mana syarikat yang mendapat projek itu akan dituduh sebagai kroni BN.

Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Isu-Isu Air Selangor pada 2 Ogos lalu memutuskan projek Loji Rawatan Air Langat 2 diteruskan walaupun tanpa kebenaran kerajaan negeri.

Noh juga mendesak kerajaan Selangor berfikir sebagai kerajaan yang mengutamakan keperluan rakyat dan jangan terus berfikiran sebagai pembangkang sehingga mengabaikan masa depan penduduk.

Beliau memaklumkan, Kerajaan Pusat memperuntukkan lebih RM600 juta bagi melaksanakan pelbagai pelan mitigasi untuk mengelakkan krisis bekalan air, termasuk membina Empangan Sungai Labu serta loji rawatan air dengan kos RM278 juta.

Selain itu, kerajaan membelanjakan lebih RM100 juta bagi memperbaiki paip air pecah berikutan keengganan kerajaan Selangor menggantikan paip yang kebanyakannya usang.

“Pembinaan Empangan Sungai Labu dibiayai Kerajaan Pusat sepenuhnya, termasuk pembelian tanah Sime Darby dan sudah diserah untuk dikendalikan kerajaan negeri Selangor. Saya difahamkan penyerahan dilakukan tanpa sebarang perjanjian.

“Saya juga berharap, Menteri Besar Selangor (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) jangan memutar belitkan isu penstrukturan semula pengagihan air dan hasratnya untuk mengambil alih SYABAS dengan pembinaan loji rawatan air sehingga orang ramai keliru.

“Apa gunanya mengambil alih SYABAS jika tiada loji bagi merawat dan membekalkan air. Tuduhan kononnya tarif air akan naik jika Loji Rawatan Air Langat 2 dibina perlu dirundingkan terlebih dulu,” katanya.

PAS HARUS BERTAUBAT !!!!







KUALA LUMPUR 16 Ogos – Apakah istimewanya DAP sehingga Pas begitu hormat dan tunduk kepada apa jua kenyataan dan tindakan parti tersebut. Mana tidaknya… suara dan pandangan ikhlas daripada bekas orang nombor dua dalam Pas, Ustaz Nasharudin Mat Isa bukan sahaja tidak dilayan, malah beliau turut mendapat kecaman yang cukup dahsyat.
Mengulas mengenai perkara itu  pendakwah bebas, Ustaz Jamil Long berkata itulah gambaran kepada sebuah parti yang kononnya melaung-laungkan perjuangan Islam yang mana memperlihatkan mereka seolah-olah ‘mengiktiraf’ DAP lebih daripada segala-galanya.
Sedangkan menurut beliau apa yang diperjuangkan dan dinyatakan oleh Ustaz Nasharudin jauh sama sekali untuk menghancurkan Pas dan sebagainya kerana apa yang dinyatakan oleh Ustaz Nasharudin itu ada hujahnya dan ada faktanya.
“Bukankah semua telah nampak dan boleh lihat bagaimana konsistennya DAP termasuklah Karpal Singh berhubung penentangan terhadap hudud serta penubuhan negara Islam.  Justeru ada benarnya desakan Ustaz Nasharudin yang meminta Pas membuat pendirian jelas.
“Jangan masin tarik talilah…..Sepatutnya jika benar-benar Pas ada maruah, ‘tarik handbrake’ terus dalam pakatan pembangkang. Ini tidak… Pas lebih rela untuk menyerang, mengecam bekas pemimpin nombor duanya”, katanya kepada UMNO-Online di sini.
Ustaz Jamil seterusnya menambah mungkin Ustaz Nasharudin tidak mahu ‘bersubahat’ dan terus merelakan parti itu terus menerus menjadi bahan kepada masyarakat umum yang melihat perjuangan ‘kluk-klek’ Pas.
“Apa yang ramai melihat Pas ketika ini adalah sekadar menjadi  ‘pak turut’…’ kuda tunggangan’…dan macam-macam gelaran lagi. Dan Ustaz Nasharudin merupakan orang yang ada integriti adn cukup berwibawa. Beliau tentunya ikhlas untuk melihat Pas terus maju ke hadapan.
“Namun lain pula jadinya….Saya cukup sedih dengan apa yang belaku di dalam Pas hari ini. Tidak mengenal sesiapa dan apa sahaja boleh terjadi. Apa pun ingatlah kita hanya merancang dan Allah s.w.t yang menentukan 


Rabu, 15 Ogos 2012

MOHON RENUGAN BERSAMA



Pendirian Pas yang semakin lemah dalam memperjuangkan perlembagaan Islam termasuk hudud sekiranya pakatan pembangkang berjaya memenangi pilihan raya umum ke13 akan datang akibat tekanan daripada DAP yang tamakkan kuasa ,adalah sangat mendukacitakan dan menyedihkan

Pendekar melayu rasa pendirian Islam parti itu semakin goyah bak tsunami melanda dulu, tidak lain dan tidak bukan ialah kerana golongan 'parasit' dalam parti tersebut gagal bersuara dengan lantang setiap kali didesak DAP mereka hanya terdiam membisu seribu bahasa  jer ini .


Tambah menyedihkan, golongan parasit dalam Pas yang kini merangkumi 70 peratus daripada bilangan kepimpinan tertinggi parti berkenaan bukan berhasrat menegakkan perjuangan negara Islam dan hudud, sebaliknya hanya berminat untuk menguasai (Putra Jaya)iaitu kerajaan.


pendekar tengok mereka ni terlalu takutkan DAP harus diingat





"Semakin kuat dan lantang penolakan DAP terhadap Islam dan hudud, golongan parasit dalam Pas ini semakin menyorok kerana takut undi bukan Islam (terhadap pembangkang) akan terjejas,sikap serta pendirian Pas mengenai perjuangan negara Islam dan elemen hudud tersebut bakal menyebabkan ia ditolak oleh ahli parti itu di peringkat akar umbi kerana jika dilihat dari sudut kebajikan Pas tidak setanding langsung walau sedikitpun dengan Barisan Nasional


Bagi Pendekar Melayu Pas perlu membuat ketetapan serta keputusan yang teguh mengenai kedudukan parti tersebut"Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib sendiri pernah menasihatkan parti itu mencari rakan baru untuk menegakkan hudud,Tapi bgi pendapat Pendekar sebaiknya Pas menerima pelawaan UMNO masuk dalam Barisan Nasional demi ISLAM dan Negara tercinta untuk mengekalkan keamanan Negara

Isnin, 13 Ogos 2012

CUBAAN MENGHANCURKAN UMNO ?




Usaha sedang dibuat untuk melemahkan lagi UMNO supaya ia dapat dikalahkan dalam Pilihanraya Umum ke-13, bahkan jika boleh untuk menghancurkan UMNO sekarang ini juga.. Laporan dalam portal berita, oleh Muda Mohd Noor, mencerita berkenaan Penawar, sebuah badan bukan Kerajaan yang disertai oleh beberapa bekas ahli Parlimen UMNO yang kononnya tidak puas hati dengan Dato Seri Najib sebagai Perdana Menteri

Kesan dari laporan ini tentulah kecurigaan Najib terhadap timbalannya. Apabila Najib mempunyai sangkaan buruk terhadap Muhyiddin maka ahli-ahli UMNO pun akan berpecah dan memihak kepada Presiden atau Timbalan Presiden. Pergolakan akan berlaku secara serius dalam UMNO dan ia akan menjadi lebih lemah untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke-13.

Terdahulu dari ini seorang pemberita semasa sidang akhbar telah bertanya kepada Najib samada dia lebih Melayu atau lebih Malaysian.Soalan ini sengaja dibuat kerana Muhyiddin biasa mendakwa yang dianya lebih Melayu daripada Malaysian.Sebenarnya soalan ini patut ditujukan kepada semua rakyat Malaysia, termasuk pemberita yang bertanya. Apakah rakyat Malaysia pelbagai keturunan lebih utama kaumnya atau lebih utamakan kerakyatan Malaysianya?

Ditujukan soalan ini kepada Najib ialah supaya dia menghadapi dilema. Jika dia menjawab dia lebih Melayu maka dia akan dituduh racist seperti tuduhan yang dilemparkan kepada Muhyiddin dan juga  Tun mahadhir.Sebaliknya kalau dia menjawab dia lebih Malaysian supaya tidak dituduh racist maka akan ternampak yang dia tidak secocok dengan timbalannya.

Jawapan Najib kepada soalan ini ialah dia tidak ingin dilihat tidak sependapat dengan timbalannya.
Secara tidak langsung ini bermakna dia lebih Malaysian, tidak seperti timbalannya yang menyatakan dia lebih Melayu. Sudah tentu ini akan menjadikan hubungan antara dua pemimpin UMNO lebih renggang.Susulan daripada ini terdengar banyaklah berita angin berkenaan dengan renggangnya hubungan antara Najib dan Muhyiddin yang pasti akan memecahbelahkan UMNO lagi.

Hari ini terdapat banyak NGO Melayu ditubuh kerana ramai orang Melayu khuatir berkenaan dengan masa depan mereka. Pihak tertentu yang ingin mengurangkan sokongan Melayu kepada UMNO ingin menentukan NGO Melayu ini tidak berupaya mempengaruhi kepimpinan UMNO supaya terus mendapat sokongan orang Melayu.

Strategi pihak tertentu ini ialah dengan membuat tuduhan bahawa perjumpaan NGO ini sebenarnya bertujuan untuk menjatuhkan Najib, Tun Mahadhir dan Muhyiddin adalah dalang yang bertanggungjawab, tentulah Najib akan mempunyai syak wasangka terhadap kami berdua dan NGO berkenaan.

16. Sekaligus laporan ini menakutkan Penawar dan NGO lain bahawa mesyuarat mereka akan disyaki oleh Najib bertujuan menjatuhkannya. Mereka juga akan terdedah kepada tuduhan yang mereka adalah orang Mahathir dan Mahathir ingin menjatuhkan Najib.Dengan tuduhan-tuduhan dan laporan seperti ini maka orang Melayu akan takut berpolitik. Mereka akan terdedah kepada dakyah parti lawan yang memang pun ingin melihat mereka berpecah dan menjadi lebih lemah serta tidak dapat mempertahankan kepentingan orang Melayu sama sekali.

Saya ucap tahniah kepada mereka yang begitu cekap mengguna psikologi untuk menghancurkan UMNO dengan menimbulkan keraguan dan syak wasangka antara pemimpin-pemimpin UMNO dan ahli-ahlinya terhadap masing-masing dan terhadap kepimpinan UMNO sekarang.

Sebaliknya jika kita ingin tahu berkenaan siapa lebih Malaysian atau lebih utamakan kaumnya, kita patut tanya semua pemimpin-pemimpin semua parti politik dan NGO yag aktif dalam politik baik dari parti pemerintah ataupun parti lawan.Mereka juga patut jelas apakah maknanya lebih Malaysian atau lebih utamakan kaum sendiri.

Saya sedar jawapan kepada soalan saya ialah saya racist (perkauman). Ini membuktikan ketandusan hujah yang boleh dikemukakan oleh mereka.Apakah pembangunan Malaysia dihasilkan oleh orang Melayu semata-mata dan mereka sahaja yang meraih kekayaan.
Untuk tidak berat sebelah kita perlu mengumpul fakta yang benar berkenaan nikmat yang diperolehi rakyat Malaysia dan pembangunan Negara.

ASABIAH

1. Kita hairan bagaimana ada orang Islam yang begitu sekali menyanjung tinggi pemimpin mereka sehingga sanggup minum air basuh kaki mereka ini. Tetapi inilah yang berlaku apabila terlalu taksub kepada pemimpin.

2. Saya diberitahu tidak ada kemungkinan Barisan Nasional menang di Kelantan kerana penduduk Kelantan begitu taksub dengan Nik Aziz. Demikianlah ketaksuban ini sehingga apa sahaja yang didakwa olehnya berkenaan agama Islam maka orang Kelantan akan menerimanya bulat-bulat sebagai benar dan menepati ajaran Islam.

3. Kata orang ini, tidak ada gunanya ulama lain atau Mufti menolak dan menidakkan dakwaan Nik Aziz, orang Kelantan tetap akan percaya pendapatnya juga. Jika ada yang ragu sekalipun, mereka tidak akan menyatakan keraguan mereka.

4. Orang Islam yang berfikiran waras tentu menolak dakwaan Nik Aziz bahawa mengundi PAS akan mendapat pahala, bahkan menjamin syurga di akhirat. Tetapi nampaknya majoriti rakyat Kelantan, samada mereka terima dakwaan ini atau tidak, terus setia dan menyokong kepimpinan Nik Aziz. Kemenangan PAS di Kelantan dan di lain-lain tempat membuktikan kepimpinan Nik Aziz tidak terjejas walaupun jelas menyalah guna agama untuk politik duniawi.

5. Demikian jugalah dengan lain-lain kenyataan dan sikap yang lari jauh dari ajaran Islam saperti menidakkan keIslaman orang yang tidak menyertai atau menyokong PAS.

6. Dahulu kerjasama antara UMNO dengan orang bukan Islam didakwa bertentangan dengan ajaran Islam. Sekarang PAS di bawah kepimpinan Nik Aziz bukan setakat bekerjasama dengan orang bukan Islam tetapi juga sanggup bekerjasama dengan orang yang menolak dengan keras dan secara terbuka hasrat PAS untuk mendirikan Negara Islam dan melaksana hukum hudud.

7. Saya masih ingat semasa kita bangunkan Putrajaya, Nik Aziz mendakwa apabila PAS memerintah Negara ini, Kerajaan PAS akan lelong Putrajaya. Hari ini lain pula bunyinya. PAS berjuang untuk ke Putrajaya sebagai pemerintah.

8. Dalam masyarakat Islam penyelewengan kerap berlaku kerana ajaran sesat yang disampaikan oleh ulama yang tidak bertanggungjawab. Adanya Qadiani dan puak-puak tertentu yang lain ialah kerana taksub kepada pemimpin agama. Kita lihat bagaimana kuatnya pegangan pengikut Ashaari dan Ayah Pin kepada ajaran mereka.

9. Di India, British menggalakan penubuhan dan perkembangan Qadiani kerana ia akan memecah-belah orang Islam dan melemah mereka. Kita syak yang pendaftaran dengan pantasnya Parti Islam Se Malaya oleh British juga mempunyai niat yang sama. Ia berlaku diwaktu orang Melayu buat kali pertama bersatu untuk menentang British. Bahawa PAS, dalam Pilihanraya 1955 menentang kemerdekaan Malaya memanglah menepati hasrat British. Tetapi perjuangan PAS untuk melambatkan kemerdekaan gagal.

10. Dalam Pilihanraya 1955 PMIP hanya menang satu kerusi. Selepas itu PMIP bersungguh-sungguh mengguna agama sehingga dalam Pilihanraya Umum 1959 Kelantan dan Terengganu jatuh ke tangannya. Walaupun Kerajaan PAS Terengganu runtuh dan diganti dengan Perikatan tetapi ini tidak kurangkan ketaksuban kepada PAS.

11. Berpecah dan lemahnya umat Islam ialah kerana taksub kepada kepimpinan lebih dari ajaran Islam seperti yang terdapat dalam Al Quran.

12. Keadaan orang Islam dan agama Islam di Malaysia begitu juga. sesungguhnyalah segala keburukan datangnya dari orang Islam sendiri (TUN MAHADHIR).

Ahad, 12 Ogos 2012

SILATURAHIM SESAMA ISLAM

Allah SWT berfirman…

“dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahwa Allah mengampunimu…? 

Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
[QS. 24 – An Nuur : 22]

“Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah-lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Karena itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu.

Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakal kepada-Nya.”
[QS. 3 – Ali Imran : 159]

Mudah-mudahan bermanfaat…Semoga PAS dan UMNO saling bermaafan demi memertabat Islam tercinta Amin......

Sabtu, 11 Ogos 2012

KHAS PM KIRIM BUAT RAKAN PENYOKONG PAS,PKR,DAN UMNO SEMUA

SEMPENA BULAN YG MULIA NI PM NAK UCAPKAN SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN DARI HUJUNG RAMBUT SAMPAI HUJUNG KAKI PADA SEMUA WARGA MEDIA SOSIAL TAK MIRA PADA PENYOKONG PAS KER PKR,ATAU UMNO JIKA ADA TERKASAR BAHASA HARAP DIAMPUN KAN,DIHARAP LEBARAN INI SEMUA UMAT ISLAM DI MALAYSIA DAPAT RAHMAT DARI YANG ESA MUDAH2HAN MARILAH KITA SEMUA UMAT ISLAM PERJUANGKAN AGAMA ,BANGSA DAN NEGARA TERCINTA..AMIN...

Jumaat, 10 Ogos 2012

Demonstrasi desak Unisel bayar hutang



Kira-kira 80 kakitangan syarikat pengurusan asrama, Jana Niaga Sdn. Bhd. (JNSB) mengadakan demonstrasi mendesak pengurusan Universiti Selangor (Unisel) membayar hutang tertunggak RM15 juta kos pengurusan asrama universiti itu.

Mereka berhimpun ekoran tidak puas hati kerana masalah itu menyebabkan mereka tidak menerima gaji sejak Mac lalu. Sudah2lah menipu Rakyat Selangor Pendekar dan Rakyat dah muak dengan Pakatan ni.

Khamis, 9 Ogos 2012

DAP BERJAYA HAPUSKAN AL QURAN DAN AZAN DI PULAU PINANG

Benda macam ni pun bak dibanggakan bloger bodoh milo suam ni erk.bayangkanlah pulau -pinang dah jadi macam singapura dah ini terbukti melalui surat pekeliling yg di keluarkan (JHEIPP)

Nampaknya DAP mula tunjukkan kuasanya apabila berjaya menghapuskan laungan azan dan bacaan AL-QURAN di pulau pinang,itu belum menang negara baru Negeri dah berani tunjukkan kebenciaan mereka pada Islam,ini lah jadinya apabila pencacai2 PAS yang berjaya dibodohkan DAP lahnatullah ni,ini kan yang pak aji pas mahu erk...agaknya apa akan jadi pada org Islam dinegara ni jikalau Pakatan haram ni memerintah.....fikir2kanlah wahai orang2 PAS...masih belum terlambat untuk kembali kepangkal jalan


umat Islam perlu berfikir dan bermuhasabah sebelum membuat pilihan agar tidak memilih berlandaskan nafsu atau dendam yang membawa padah buruk."Apa yang saya dapat lihat, agenda DAP berbeza dengan MCA dan MIC kerana mereka ini digolongkan sebagai bukan kafir harbi yakni tidak membawa sebarang kemudaratan kepada kedudukan Islam dan umatnya," 

Rabu, 8 Ogos 2012

BLOGGER PRO PEMBANGKANG(MILO SUAM BLOGSPORT BODOH TAK PANDAI MEMBACA KAHHHKAHHH KAKI KENCING HUUHUU

Media pro pembangkang hari ini nampak nya begitu terdesak sehingga sanggup memutar belit tentang isu air di Selangor apa mereka tak faham atau saja2 buat tak faham maksud BN akan ambil kira pandangan Rakyat   bagi tentukan tarif air.heehee klu dah terdesak sangat pun tak payah nak tokok tambah kata BN akan naikkan harga yang perlu dibayar.ada ker tertulis harga air akan dinaikkan untuk pengetahuan blogger milo suam baru2 ni DS Noh Omar dah membuat kenyataan bahawasanya;-

Hari ini kerajaan PR menerima tamparan hebat kerana Timbalan Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar bersedia meneruskan air percuma dan berjanji  ia akan dibuat dengan lebih menyeluruh termasuk menambah bilangan meter padu air percuma dan memastikan seluruh rakyat Selangor menikmatinya.
   
"Kalau sekarang Pakatan Rakyat beri air percuma tetapi tidak semua rakyat dapat. Beratus ribu rumah yang mempunyai meter pukal tidak dapat faedah ini dan adakah orang kaya pun nak dapat juga air percuma ini.
"Apa juga dasar dibuat untuk kebaikan rakyat kita kena teruskan tetapi selesaikan dulu masalah meter pukal terlebih dahulu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Forum Mengenai Isu Bekalan Air Selangor anjuran Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), di sini hari ini.
   
Beliau berkata, BN tidak boleh membuat dasar yang hanya menguntungkan segelintir rakyat dan tidak memberi makna kepada orang yang tidak memerlukan seperti golongan kaya. menurut kata  Timbalan Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar

klu nak fitnah tu biar lah berfakta Bukan putar belit cerita wahai milo suam ngok hhaaaaaahaaaa...

LAIN KALI FAHAMKAN BETUL2 AYAT TU (PANDANGAN RAKYAT)AGAKNYA BUDAK NI TAK SEKOLAH DULU,SURUH SEK PANJAT POKOK TU LAH JADINYA HEEHEEE..

BUDAK TAK SEDOR DIRI LAGI BELAJO TIGGI LAGI BODOH JADINYA

Peranan Raja-raja sebagai Ketua Agama Islam adalah merupakan suatu tradisi yang menjadi amalan sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi tapi kenapa ada jugak mamat bebal yang bernama Ali Abd Jalil yang sanggup menghina ketua Agama Islam kita tapi menjunjung Karpal yang terang2 memusuhi ISLAM

 Ia juga merupakan satu hak dan tanggungjawab Raja-raja untuk memelihara kesucian Agama Islam. Sebagai contoh, di dalam sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong ada disebut ikrar baginda untuk memelihara kesucian Agama Islam.


“…Dan lagi Kami berikrar mengaku dengan sesungguh dan dengan sebenarnya memeliharakan pada setiap masa Agama Islam” – Petikan sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong).


Kita sebagai rakyat pula sentiasa diingatkan untuk mentaati Raja-raja. Setiap kali khutbah Jumaat dibacakan, lazimnya dalam doa kedua khutbah ada dibacakan doa untuk Raja-raja dan pasangan mereka, pewaris takhta serta putera puteri Sultan dan cucu-cucu baginda

Selasa, 7 Ogos 2012

BIADAP....BIADAP...BIADAP....



Sesudah Nizar menghina Jalur Gemilang dengan panggilan baru "Jalur Malang" dan Manoharan, ADUN DAP menghina Lee Chong Wei dengan panggilan "Lee Chong AWAY" kini tiba giliran Zunar (pelukis propaganda Malaysiakini) menghina pula Jalur Gemilang dalam bentuk kartun. 

Penghinaan yang sudah keterlaluan dan melampaui batas. Mengapa perlu dihina bendera negara? Mengapa perlu dihina wira negara yang berjuang di Sukan Olimpik? Pihak pembangkang sudah hilang pertimbagan akal untuk berkuasa.

Apa sahaja hendak dipolitikkan dan dijadikan isu. Hingga sanggup mencaci dan menghina negara sendiri pun mereka sanggup semata mata untuk berkuasa. Mahukah kita mengundi lagi orang yang bersikap biadap sebegini?
Sebagai rakyat,aku rasa kecewa dengan sikap pemimpin yang pentingkan politik semata2.sebagai pemimpin sepatutnya mengajak rakyat menghayati Kemerdekaan,bukan memperlekehkan demi berpolitik.