Selasa, 7 Ogos 2012

BIADAP....BIADAP...BIADAP....



Sesudah Nizar menghina Jalur Gemilang dengan panggilan baru "Jalur Malang" dan Manoharan, ADUN DAP menghina Lee Chong Wei dengan panggilan "Lee Chong AWAY" kini tiba giliran Zunar (pelukis propaganda Malaysiakini) menghina pula Jalur Gemilang dalam bentuk kartun. 

Penghinaan yang sudah keterlaluan dan melampaui batas. Mengapa perlu dihina bendera negara? Mengapa perlu dihina wira negara yang berjuang di Sukan Olimpik? Pihak pembangkang sudah hilang pertimbagan akal untuk berkuasa.

Apa sahaja hendak dipolitikkan dan dijadikan isu. Hingga sanggup mencaci dan menghina negara sendiri pun mereka sanggup semata mata untuk berkuasa. Mahukah kita mengundi lagi orang yang bersikap biadap sebegini?
Sebagai rakyat,aku rasa kecewa dengan sikap pemimpin yang pentingkan politik semata2.sebagai pemimpin sepatutnya mengajak rakyat menghayati Kemerdekaan,bukan memperlekehkan demi berpolitik. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan