Isnin, 27 Ogos 2012

NIK AZIZ TERIMA BANTUAN SYAITAN ?





Iblis menjawab, demi kekuasaan Engkau, 
aku akan sesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hambaMu yang mukhlis di antara mereka." (Shaad: 82-83)

Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahwa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, Kecuali hamba-hambaMu yang ikhlas". (Al Hijr: 39–40)


Di dalam Mikhtashar Minhaj al Qosidhin disebut satu riwayat sebuah kisah, ada satu pokok yang sering disembah oleh penduduk kampung. Maka ada seorang lelaki mengatakan,”Aku akan tebang pokok itu yang telah menyebabkan ramai manusia menjadi syirik”. Lelaki itu pun mengambil kapak dan pergi ke pokok tersebut untuk menebangnya.

Syaitan yang menyerupai manusia menunggu di pokok itu dan berkata,”Apa yang kau ingin lakukan ?" Lelaki itu menjawab,’Aku ingin tebang pokok ini. Ramai telah syirik kerana menyembah pokok ini". Syaitan itu berkata, "Aku akan menghalang kamu. Kamu perlu mengalahkan aku untuk menebang pokok ini". Lalu terjadilah pergelutan dan lelaki itu berjaya mencekik syaitan yang menyerupai manusia itu. Syaitan berkata, "Aku mengaku kalah dan kau boleh tebang pokok ini. Tetapi dengar dulu cadangan aku. Kau tidak akan dapat apa-apa faedah pun jika kau tebang pokok ini. Orang kampung akan cari pokok lain untuk mereka sembah. Jika kau setuju untuk tidak tebang pokok ini, aku akan berikan dua dinar di bawah bantal kau pada setiap pagi." Lelaki itu bersetuju dengan tawaran tersebut.

Pada keesokan harinya dia mendapati ada dua dinar dari bawah bantalnya. Kemudian pada esok harinya lagi dia tengok tidak ada dua dinar seperti yang dijanjikan. Lelaki itu merasa marah lalu mengambil kapak dan pergi untuk tebang pokok itu. Setiba di pokok itu, syaitan telah sedia menunggu. ”Apa yang kau ingin lakukan ?". Lelaki itu menjawab,’Aku nak tebang pokok ini. Hari ini tidak ada 2 dinar seperti yang kau janjikan. Kau telah tipu aku". Syaitan itu berkata, "Aku akan menghalang kamu. Kamu perlu mengalahkan aku untuk tebang pokok ini".

Lalu terjadilah pergelutan dan kali ini lelaki itu kalah, syaitan telah berjaya mencekik lelaki itu" Syaitan berkata,”Tahukah kamu siapa aku?" Syaitan memberitahu dia sebenarnya adalah syaitan". Lelaki itu bertanya, mengapa hari itu aku dapat kalahkan kau tetapi kali ini aku tidak dapat kalahkan kau?" Syaitan menjawab, "Kali pertama kau datang, niat kau ikhlas semata-mata kerana Allah sehingga aku tidak berdaya mengalahkan kau. Tetapi kali ini kau datang kerana kau marah tidak dapat dua dinar dan apabila kau tidak ikhlas kerana Allah maka aku berjaya mengalahkan kau".


Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. (Al-Hujuraat 49:6)


ORANG PAS WAJIB TINGGALKAN DAP SEPERTI APA YANG DISARANKAN USTAZ NASARUDIN BARU2 INI



MAKSUD TERSIRAT DRI KATA2 NIK AZIZ INI?
"Pelik apa, kalau (Datuk Mohd) Asri (Muda) yang berpuluh tahun menjadi Presiden Pas boleh masuk UMNO, jadi Nasharudin juga akan turut berbuat demikian," .

Nik Aziz berkata demikian selepas gambar bekas Timbalan Presiden Pas tersebut (Ustaz Nasharuddin) bersama DS Najib Tun Razak dan tokoh2 ulamak terkenal Mekah (Sheikh Dr Abdullah Hamad Jalaly, Mufti Masjid
il Haram Makkah Sheikh Dr Sulaiman Al Salumi dan Ketua Hakim Mahkamah Makkah Dr Saleh Darwish) terpampang didada akhbar2 semalam.

Maksudnya jalan yg diambil UMNO itu jalan yg lurus, jalan yang diredhai Allah sebagaimana selalu kita mendoakan agar Allah tunjukkan jalanNya.. Manusia secara fitrahnya mahukan yg jalan yg benar, jalan yg lurus. Bayangkan betapa hebatnya Allah s.w.t., seorang insan yg sudah lama menjadi Presiden PAS pun boleh masuk UMNO, inikan pula ulamak muda seperti us Nasharuddin. Doa mereka agar ditunjukkan jalan yg lurus Allah makbulkan. Alhamdulillah.

Jalan yg diambil PAS jalan yg tidak lurus, bengkang bengkok.
Skjp nk negara Islam skjp tk nak krn dikatakan tak ada pulak dlm alquran.
Skjp nak hudud, skjp tak nak dan dikatakan soal hudud itu kecil hanya 0.00001% shj drpd alquran, agak terdesak nak semula.

Skjp tak nak DAP skjp nak DAP kemudian tak nak pulak, kemudian nak pulak, sedangkan DAP ITU TERANG2 MEMUSUHI AGAMA ALLAH LAst2 sekali kalimah Allah digadai kpd kristian utk diguna didalam gereja. Lebih dasyat Datuk Dr. Hasan Ali yg pertahankan akidah umat ISlam disingkirkan drpd parti.

Skjp kepimpinan melalui ulamak, tapi hari ini ulamak sudah dibuang. Bayangkan hari ini barisan kepimpinan PAS sudah ketandusan ulamak. Dlm muktamar Agung PAS yg lepas ulamak2 telah kalah dan yg dipilih bukanlah dari kalangan ulamak.

Tak cukup dgn itu habis org Islam yg tak sehaluan dgn mereka lain diKAFIRkan mereka.

Sebagai catatan Nik Aziz adalah orangnya yg berkata sanggup berkawan (bergabung tenaga) dgn syaitan utk lawan UMNO. Sedangkan Allah telah berkali2 memberi amaran bahawa SYAITAN ITU MUSUH YANG NYATA.

Apa lagi? kerana politik, Nik Aziz hina nabi dgn berkata nabi Muhammad s.a.w. itu spt mamat2 kampung yg lain saja ketika dilahirkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan