Selasa, 3 Jun 2014

AKIBAT MEMFITNAH !!!MELOYAKINI DI SAMAN PM

Tahniah BN,Tahniah Umno,Tahniah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana memfailkan saman terhadap portal berita pro-pembangkang, Malaysiakini berhubung penerbitan dua artikel berunsur fitnah bertajuk A case of the PM reaping what he sows dan How much will Najib spend to keep Terengganu.
Kalau selama ini admin pm tengok,BN banyak mendiamkan diri dan hanya menjawab fitnah Meloyakini namun usaha itu kurang bertepatan kerana gagal menghalang perkara sama berulang kerana walau kita berjaya menjawab fitnah mereka akan tetapi berlambak lambak lagi fitnah akan di buat portal Meloyakini ni
Saman tersebut difailkan di Mahkamah Tinggi di sini pada 30 Mei lalu atas kapasiti peribadi beliau yang mana Najib dinamakan sebagai plaintif kedua manakala Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab. Rauf Yusoh bagi pihak UMNO bertindak sebagai plaintif pertama.
Mereka menamakan syarikat Mkini Dotcom Sdn. Bhd.; Ketua Editor Malaysiakini, Steven Gan; dan Ketua Pengarangnya, Fathi Aris Omar masing-masing sebagai defendan pertama hingga ketiga.
Dokumen mengenai saman tersebut yang difailkan melalui firma guaman Hafarizam Wan & Aisha Mubarak diterima oleh pihak media hari ini.
Pengurusan kes tersebut buat kali pertama dijadualkan didengar di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, S.M. Komathy Suppiah pada 18 Jun ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan