Selasa, 27 Mei 2014

Pentaksub pakatan ni Tak Faham Bahasa KE !!! Kutipan Cukai akan Dikembalikan Kepada Rakyat Dalam Bentuk Pembangunan, Subsidi

TELUK INTAN, 27 Mei – Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata kutipan cukai yang dijangka meningkat tahun depan akan dikembalikan semula kepada rakyat melalui pembangunan dan dalam bentuk subsidi.
Kutipan cukai akan disalurkan semula kepada rakyat menerusi pembangunan pendidikan, kesihatan dan pembinaan hospital dan klinik serta
infrastruktur, katanya.
Beliau berkata dakwaan pembangkang yang menyatakan cukai barangan dan perkhidmatan (CBP) satu bebanan baru kepada rakyat adalah tidak benar sama sekali kerana CBP bukannya cukai baharu.
“Dakwaan dia (pembangkang) CBP adalah satu bebanan baru tetapi mereka tidak menjelaskan bahawa selama ini rakyat dah bayar cukai jualan sejak 1972 yang dikutip di kilang-kilang,” katanya  selepas perjumpaan dengan pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), di sini hari ini.
Beliau berkata CBP bukannya cukai baharu tetapi untuk menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan yang sedia ada dan rakyat masih tidak tahu mereka telah membayar cukai secara tidak langsung untuk barang-barang keperluan seperti pakaian, barangan elektrik dan perabot.
Ahmad Maslan yang juga Ketua Penerangan UMNO seterusnya berkata pada tahun lepas, JKDM berjaya memungut hasil kira-kira RM33.127 bilion iaitu pencapaian sebanyak 98.14 peratus daripada unjuran yang ditetapkan.
Sasaran kutipan cukai JKSDM bagi tahun ini adalah sebanyak RM36 bilion yang dilihat akan memanfaatkan rakyat dengan lebih banyak pembinaan untuk kebajikan dan kemudahan rakyat, katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan