Rabu, 7 Mei 2014

Penasihat DAP, Lim Kit Siang bimbang perpecahan Pakatan Rakyat, gara gara isu Hudud

Cahaya kegelapan bakal melanda Pakatan Rakyat bila dap seakan akan memberi amaran bahawasanya berkemungkinan akan berpecah dengan Pas gara gara Hudud yang di rancang oleh Kerajaan Kelantan 
Penasihat DAP, Lim Kit Siang telah menyuarakan kebimbangannya dengan kemungkinan perpecahan Pakatan Rakyat, gara gara isu Hudud dakwanya di portal Roket kini seperti yang admin pm baca sebentar tadi
Beliau mendakwa setelah genap setahun juga menyaksikan kemungkinan berbahaya akan perpecahan Pakatan. Ini tidak boleh dipandang ringan.
  • Majoriti besar yang mengundi Pakatan dalam pilihanraya lalu menginginkan pertukaran kerajaan dan dasar negara, bukan undang-undang hudud. Lagi pula, sesiapa yang tidak menyokong hudud bukanlah anti-Islam, tetapi kerana Perlembagaan Persekutuan memnyediakan Malaysia sebagai negara sekular yang demokratik,” katanya. 
  • Pakatan tentunya tidak akan dapat terus menafikan majoriti dua pertiga BN, malah akan kalah teruk jika hudud menjadi agenda mereka pada pilihanraya umum lalu. 
  • Rakyat ingin Pakatan terus bertambah kuat dan mencapai peralihan di peringkat persekutuan pada PRU ke-14 nanti. Namun jika hudud menjadi isu utama, Pakatan akan menerima nasib sama seperti Barisan Alternatif.
Ketiga-tiga parti, DAP, PAS dan PKR akan kalah, hanya Umno dan parti-parti BN yang menjadi pemenang. Dan itu adalah bencana yang sebenar-benarnya untuk seluruh rakyat Malaysia,” katanya lagi seperti yang admin pm petik di Roketkini.com
Seperti kita sedia maklum DAP AMAT TIDAK BERSETUJU dengan tindakan Kerajaan Kelantan untuk melaksanakan Hudud di Kelantan dan atas suara dap itu juga berkemungkinan besar menjadi penghalang no 1 perlaksanaan Hudud tersebut berbanding Umno YANG BERPENDIRIAN TERBUKA DALAM HAL INI,
Berbanding Dap yang merupakan suara mejoriti dalam pakatan ianya seakan akan Dap memberi amaran buat pas dalam isu Hudud ini ,berbeza keadaannya pula diantara Umno dan MCA di mana suara melayu itu utuh,malah jika bukan Islam membantah pun kita akan usahakan untuk memberi penerangan sewajarnya malah suara mejoriti Barisan Nasional tentunya suara orang orang Umno yang bakal menentukan dasar pimpinan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan