Ahad, 11 Mei 2014

PAS tangguh bentang rang undang-undang laksana hudud Membuatkan Dap Tarik Nafas lega

Apakah penarikan ini berkaitan dengan penentangan hebat yang dibuat oleh DAP dan semua kaum seangkatannya yang menggesa PAS keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) kerana melanggar konsensus selain menganggap hudud melanggar Perlembagaan Persekutuan
Dan Hari ini PAS melalui Hj Hadi berkata tidak akan meneruskan hasrat membawa Rang Undang-Undang Persendirian di Dewan Rakyat pada Jun ini bagi membolehkan Kanun Jenayah Syariah dilaksanakan di Kelantan.
Perkara tersebut diumumkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan media yang dibaca timbalannya, Mohamad Sabu hari ini.
Abdul Hadi berkata, keputusan itu dibuat bagi memberi tempoh masa kepada Jawa‎tankuasa Teknikal antara Putrajaya dan kerajaan negeri Kelantan meneliti dan mengemukakan cadangan tindakan pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 Kelantan.
“Oleh kerana itu cadangan membawa RUU Persendirian di Dewan Rakyat pada persidangan bulan Jun 2014 ini tidak akan diteruskan.
Menurut Mohamad, PAS juga dalam mesyuarat bersetuju dengan cadangan Jawatankuasa Teknikal yang akan dipengerusikan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan diseliakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Walaupun keputusan untuk menangguhkan pembentangan usul di Parlimen dibuat, namun Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu berkata PAS masih bertekad memastikan undang-undang hudud terlaksana.
“Terserah kepada Jawatankuasa Teknikal yang akan berbicang dengan Kelantan dan Pusat.
“Ini jawatankuasa antara kerajaan dengan kerajaan, bukan lagi antara parti dengan parti, jadi seriuslah,” katanya.
Ditanya sama ada PAS sudah memaklumkan keputusan itu kepada rakan sekutunya PKR dan DAP, Mohamad berkata perkara itu belum dibuat dan tidak perlu.
“Mereka belum tahu. Mereka akan mengetahuinya melalui laporan adil media hari ini,” katanya.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob pada April lalu mengumumkan kerajaan negeri sudah siap bersedia dengan draf satu RUU persendirian (private bill) berhubung hukum hudud.
Rang undang-undang itu akan dibawa ahli Parlimen PAS daripada Kelantan ke persidangan Dewan Rakyat bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan undang-undang tersebut seperti yang diperuntukkan oleh Perkara 76 (A) Perlembagaan Persekutuan.
Perkara itu kemudiannya disambut baik Umno, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mahu melihat usaha itu diteruskan.
Bagaimanapun, tentangan hebat dibuat DAP yang menggesa PAS keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) kerana melanggar konsensus selain menganggap hudud melanggar Perlembagaan Persekutuan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan