Jumaat, 9 Mei 2014

PAKATAN PEMBANGKANG DI MALUKAN BILA MEMPERJUANG HAK ASASI PENJENAYAH DI DEWAN RAKYAT?

Ahli politik pembangkang sudah hilang arah tuju ,demi sekeping undi sanggup membela penjenayah ?mana logiknya ,mereka kononnya berjuang berlatar belakangkan undang-undang serta memperjuangkan hak asasi untuk penjenayah sehingga tidak menghiraukan hak asasi golongan anggota polis.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menempelak ahli politik yang berlatar belakangkan undang-undang serta memperjuangkan hak asasi untuk penjenayah sehingga tidak menghiraukan hak asasi golongan anggota polis.

Zahid turut mempersoalkan di mana letaknya hak asasi anggota polis dalam kalangan ahli politik itu yang dilihat lantang memperjuangkan hak asasi penjenayah di Dewan Rakyat.

"Di manakah hak asasi polis serta keluarganya yang terbunuh ketika melaksanakan tugas membanteras jenayah? 

Polis juga adalah rakyat Malaysia dan mereka mempunyai hak asasi," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Selama dekat sini hari ini.


Majlis perasmian IPD berkenaan disempurnakan oleh Pemangku Sultan Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan