Rabu, 7 Mei 2014

Mustahil DAP serah kerusi kepada PAS – Mat Sabu

Agenda DAP bakal terkubur jika Kerusi mereka di serahkan kepada PAS ?
Cadangan menyerahkan kerusi parlimen Bukit Gelugor milik DAP kepada PAS sesuatu yang mustahil, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata di Awani yang admin petik sebentar tadi
Mohamad berkata, biarpun cadangan tersebut boleh dilihat sebagai satu usaha ke arah gabungan yang lebih mantap namun realitinya ia agak sukar dilaksanakan.
Katanya, kesukaran tersebut bukan hanya datang dari DAP namun turut melibatkan parti yang dianggotainya sendiri.
DAP akan mengumumkan calon parti itu untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor Sabtu ini.
Kerusi Bukit Gelugor kosong berikutan kematian penyandangnya Karpal Singh daripada DAP, akibat nahas jalan raya di KM306.1 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Gua Tempurung di Kampar, Perak 17 April lepas.
Suruhanjaya Pilihan Raya telah menyatakan penamaan calon ditetapkan pada 12 Mei dan hari pengundian pada 25 Mei. Hari pengundian awal ditetapkan pada 21 Mei.
Pengerusi DAP itu memenangi kerusi tersebut pada pilihan raya umum 2013 dengan majoriti 42,706 undi, menewaskan calon BN Teh Beng Yeam yang memperoleh 13,597 undi.
Dap adalah suara mejoriti dalam pakatan jadi pm rasa betul juga kat abg mat tu mustahil dap ni nak lepas kan kerusi tersebut pada orang Islam tambahan pula bagi menyokong undian di Parlimen bagi isu Hudud yang bakal di bentangkan tidak lama lai sekiranya pas berani menentang gesaan dap supaya jangan teruskan niat laksanakan Hudud di Negeri Cik Siti Wan Kembang itu
Mat sabu turut memberikan sebab sebab lain dalam isu ini akan tetapi sebab itu agak kurang meyakinkan kita sebaliknya seperti yang pm cakap tadi ini lah sebab sebab utama kenapa Dap TAKKAN MENYERAHKAN kerusi mereka pada Pas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan