Isnin, 12 Mei 2014

Ketua Cabang PKR Subang, Abdul Razak Idris sah kan unsur penipuan turut berlaku ketika proses pemilihan

MANA ANWAR NAK TARUK MUKA NI !!!ALAHAIII..
PKR Cabang Subang yang dijalankan di Dewan Orang Ramai Sungai Buloh,semalam dan menerusi sumber sahih yg pm terima memang sudah di batalkan berikutan tercetusnya kekecohan di antara wakil calon dan pihak Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP).

Amat memalukan penipuan demi penipuan dalam pemilihan PKR di dedahkan oleh puak mereka sendiri dan yang pasti masing masing pastinya mahukan perebutan jawatan yang tersedia,mungkin kepada yang menang bayak keuntungan akan di kaut setelah mereka berjaya nanti sebab tu mereka saling bercakaran sesama mereka ,ini hanyalah teori admin pm sahaja tapi penipuan demi penipuan jelas di sah kan sesama mereka

Tertarik admin dengan luahan hati calon Ketua Cabang PKR Subang, Abdul Razak Idris, yang berang dan mendakwa proses pengundian yang tidak dipantau dengan sebaiknya oleh JPP menimbulkan keraguan dan menyebabkan kekecohan serta beberapa penipuan sesama mereka jelas di lakukan.


menurutnya lagi “JPP sepatutnya peka dengan perkara ini dan tidak mengambil mudah memandangkan proses pengundian perlu dijalankan dengan telus,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Abdul Razak berkata, unsur penipuan turut berlaku ketika proses pemilihan berkenaan berlangsung.

“Ada warga emas berumur 50 tahun diberikan kertas undian Angkatan Muda Keadilan (AMK). Ini merupakan penipuan yang amat jelas," katanya.

Menurutnya, JPP juga tidak mempunyai cukup pegawai bagi mengawal keadaan di dewan berkenaan.

Jelasnya, prosedur pemilihan juga tergendala berikutan sistem pengurusan yang lemah.

“Ada di antara pengundi mengadu nombor calon tidak sama seperti di dalam kertas undi,” katanya.

Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah, yang juga calon untuk jawatan Ketua Cabang Subang memaklumkan, pihaknya menerima keputusan pembatalan pemilihan tersebut dengan terbuka walaupun banyak perkara menimbulkan keraguan.

Sebaiknya setiap ahli yang bersalah tu tak kira calon atau sesiapa sahaja yang bersalah harus di hukum jngan hanya banyak bermain politik sesungguhnya pm sanagt bersa hairan melihat gelagat mereka semua ini dan boleh lah di anggap CAKAP TAK SERUPA BIKIN kerana sebelum ini memfitnah umno itu ini bila di bawa kemahkamah tiada satu petisyen yang mereka menang pun akhirnya mereka sendiri membuka pekung masing masing mungkin inilah balasan bagi golongan yang suka mencari salah orang hinngga lupa mencermin siapa diri mereka tu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan