Kes Chegubard ditangguh Rabu depan
Gara gara sibuk nak menganjurkan hari terlompat terkinja bagi orang orang yang ekstrem berlonggok berpeleseran di ibu kota maka sekali lagi ketuanya keluar masuk Mahkamah dan yang pastinya duit Rakyat secara tidak langsung akan keluar bagi mendakwa pihak mereka ini
Mahkamah Sesyen di sini, sebentar tadi, menangguhkan pendakwaan terhadap Ketua cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rembau, Badrul Hisham Shaharin dan dua lagi, atas pertuduhan menganjurkan perhimpunan haram pada malam ambang tahun baru, kepada Rabu ini.
Ia bagi membolehkan Hakim Ahmad Bache ingin meneliti sijil perakuan segera yang difailkan pihak pendakwaan di Mahkamah Persekutuan.
Persoalan yang pm nak timbulkan apakah hasil perhimpunan itu selain memalukan Negara sendiri pada Negara luar dan tindakan ini juga pm anggap melampaui batas batas sebagai umat islam dan adab adab sebagai seorang melayu kerana sejak kecil budi bahasa serta adab sangat di titik beratkan dalam kalangan orang Melayu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan