Selasa, 27 Mei 2014

Kereta dibakar untuk hapus bukti – Polis

KETUA Polis Daerah Seberang Prai Utara, Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim melihat keadaan kereta yang dipercayai terbabit dalam kes langgar seorang anggota polis pada sidang media di Kepala Batas.
KEPALA BATAS: Polis mengesahkan Toyota Wish yang ditemui di ladang kelapa sawit di Ara Kuda di sini petang semalam, sengaja dibakar kumpulan penjenayah untuk melupuskan bahan bukti.
Ketua Polis Daerah Seberang Prai Utara (SPU), Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim, berkata kenderaan berkenaan yang terbakar hampir 60 peratus terutama di bahagian dalamnya dipercayai ditinggalkan oleh penjenayah yang terbabit dalam kes rompakan di Parit Buntar, semalam.
Beliau berkata, hasil maklumat awam, polis dan anggota bomba bergegas ke tempat kejadian untuk siasatan dan memadam kebakaran pada Toyota Wish berkenaan.
 ”Semakan dilakukan terhadap nombor casis kenderaan mendapati Toyota Wish itu dilaporkan hilang di Simpang Pulai, Perak tahun lalu,” katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.
Justeru, katanya, kenderaan ini dibawa ke IPD SPU untuk pemeriksaan forensik.
“Usaha memburu suspek sedang giat dijalankan,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan