Khamis, 3 April 2014

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar Bidas Pakatan Pembangkang

Tahniah Diucapkan kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang mana semalam telah membidas Kerajaan Pakatan pembangkang khususnyadi Kelantan dan Selangor didalam isu cakap tak serupa bikin dalam kata lain Parti Kencing Rakyat.

Jom ikut admin pm lihat antara point2 penting Datuk Seri Noh Omar jelaskan agar dapat Rakyat nilaikan bersama.

●Pembinaan lebuh raya Kota Bahru-Kuala Kerai yang telah dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan bukti bahawa kerajaan BN adalah sebuah kerajaan yang komited dalam menunaikan janji kepada rakyat.

●Pembinaan lebuh raya tersebut merupakan salah satu daripada tujuh manifesto BN yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 20 Januari 2013 ketika melawat ke negeri tersebut adalah terjemahan dari iltizam kerajaan BN yang berpegang kepada janji yang telah dibuat kepada rakyat negeri itu.

●Pembinaan lebuh raya ini juga sekaligus memperlihatkan pembangkang hanya pandai berjanji, tetapi tidak tahu untuk melaksanakannya.

●Pembangkang memang pandai berjanji, namun janji mereka hanya tinggal janji dengan kata lainnya pembangkang ini ibarat cakap tak serupa bikin.

●Biarpun Kelantan di bawah pentadbiran kerajaan Pas, namun sebagai sebuah kerajaan yang adil dan berpegang pada janji, maka pembinaan lebuh raya itu tetap diteruskan tanpa mengira fahaman dan ideologi politik.

●Cara serta pendekatan yang digunakan oleh kerajaan BN jelas sekali amat-amat berbeza dengan pihak pembangkang yang hanya tahu bercakap dan berjanji, tetapi gagal melaksanakannya

●Sikap kepimpinan kerajaan Kelantan sama sepertimana yang berlaku di dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor yang dikuasai oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang sehingga ke hari ini , tidak ada sebarang perubahan drastik dan lebih baik kepada rakyat di negeri itu.

Di Selangor contohnya:-

○Pihak pembangkang seringkali mendakwa bahawa kerajaan BN menjual harta rakyat, mengamalkan rasuah dan sebagainya akan tetapi hari ini kita dapat lihat dengan jelas, apabila PKR memerintah Selangor, apa yang mereka tuduh itulah yang mereka lakukan.

○Contoh nya dalam isu penjualan tanah 1700 ekar di mana tanah tersebut dijual ketika Selangor di bawah kerajaan sementara sebelum pilihanraya umum ke 13 baru-baru ini.

○Dalam satu kenyataan berhubung isu tersebut, kerajaan Selangor mendakwa mereka ditipu dalam isu penjualan tanah tersebut.

●Justeru itu, beliau berharap agar rakyat dapat melihat perkara sebenar dan jangan terpengaruh dengan dakyah dan tohmahan pembangkang yang menuduh kerajaan BN ini mengamalkan rasuah dan menjual harta rakyat sewenang-wenangnya.

●Apa yang berlaku di Kelantan dan di Selangor ini adalah sebagai bukti bahawa pihak pembangkang tidak mampu untuk mentadbir negeri di bawah kuasa mereka dengan baik.

●Mereka tidak mampu atau pun mungkin tidak tahu, atau tidak ambil peduli untuk melaksanakan segala janji-janji di dalam manifesto mereka terhadap rakyat dalam PRU yang lepas.

●Malah hari ini di Selangor, akibat kegagalan kerajaan PRK bertindak pantas dalam menangani isu air akibat terlalu banyak bermain politik, akhirnya rakyat di Selangor juga menjadi mangsa.

●Inilah yang saya maksudnya, kegagalan mereka sebagai pentadbir akibat terlalu banyak berpolitik bukan saja dengan kerajaan, malah sesama mereka sendiri. Rakyat harus lihat dan sedar perkara ini

◇◇Yang pastinya pm nak ingatkan mereka yang mempercayai setiap penipuan Pakatan Pembangkang di Negara ni supaya rajin rajinlah menyelidik pemimpin yang korang puja tu agar tidak menyesal di kemudian hari...

(gambar sekadar hiasan)

Noh Omar- Beza Antara Tunai Janji dan Tabur Janji http://youtu.be/IEcjTnsOKfw

Tiada ulasan:

Catat Ulasan