Raja Bomoh:menjelaskan bahawa apa yang dilakukan adalah kehendaknya sendiri walaupun terdapat laporan bahawa pemimpin-pemimpin negara telah mengundangnya. |
Tak habis habis lagi kisah pembangkang yang cuba mengambil keuntungan politik dari musibah kehilangan MH370 ini perkara ini terang terang di zahirkan oleh insan yang baru baru ni didapati bersalah oleh Mahkamah tempoh hari atas tuduhan meliwat dan tak lain tak bukan iaitu Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dengan selamba di parlimen hari ini membuat tohmahan liar dan tak masuk akal langsung jika sahabat semua fikirkan
Tuduhan yang kononnya kerajaan Malaysia telah memalukan negara kerana mengupah 'bomoh' untuk mencari pesawat malang MH370 adalah sesuatu yang jelas menampakkan sikapnya yang seakan akan ingin melepaskan geram pada kerajaan.
Apa yang kita perlu tahu sebenarnya sahabat sahabat pm semua bahawa kerajaan Malaysia tidak pernah mengundang dan tidak pernah terfikir untuk menggunakan khidmat 'bomoh' sepanjang operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat yang hilang tersebut.
Perkara ini menjadi hangat di parlimen hari ini dan penjelasan yang dibuat untuk memahamkan situasi ini mendapat respon dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim dalam parlimen hari ini, beliau berkata, dakwaan Anwar itu adalah penipuan semata-mata kerana kerajaan atau UMNO tidak pernah berniat apatah lagi menggunakan khidmat 'bomoh' dalam SAR.
Jelasnya, pemakaian lambang '1 Malaysia' pada baju 'bomoh' itu bukan bermakna kerajaan atau UMNO terlibat dalam kejadian memalukan di KLIA baru-baru ini.
'Bomoh' itu sebelum ini menarik perhatian dunia apabila melakukan aksi pelik kononnya mahu mencari pesawat MH370.
Dan untuk makluman sahabat sahabat pm semua raja bomoh sendiri hari ini menafikan beliau diundang Umno malah menyatakan dia sendiri yang mahu melakukan aksi yang memalukan kerajaan itu tanpa ada undangan langsung dari kerajaan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan