Sabtu, 22 Mac 2014

Perdana Menteri Datuk Seri, Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor hadir program selawat perdana

Najib Tun Razak bersama Habib Syech Al Seggaf pada Majlis Selawat Perdana 'Malam Cinta Allah dan Rasul' yang bertemakan Kesatuan, Perpaduan dan Persaudaraan di Dataran Masjid Putra, Presint 1 di Putrajaya malam tadi. - Foto Bernama
Najib Tun Razak bersama Habib Syech Al Seggaf pada Majlis Selawat Perdana ‘Malam Cinta Allah dan Rasul’ yang bertemakan Kesatuan, Perpaduan dan Persaudaraan di Dataran Masjid Putra, Presint 1 di Putrajaya malam tadi. – Foto Bernama
PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri, Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor malam tadi menyertai kira-kira 500,000 orang menghadiri program Selawat Perdana Malam Cinta Allah dan Rasul 1435 di Dataran Masjid Putra, Presint 1 dan walaupun jumlah yang admin sebut mlm tadi ialah tidak sama akan tetapi itu semua adalah anggaran sahaja dan jumlah sebenar tidak dapat diketahui dengan tepat
Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.
Najib yang berjubah putih dan berkopiah serta Rosmah yang tiba kira-kira 8.30 malam, meluangkan masa hampir dua jam mengikuti program itu anjuran Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia.
Walaupun di dalam SH jumlah yang disebutkan hanya 50,000 pengunjung disebutkan namun dari gambar ini cukup menggambarkan jumlah yg di sebutkan langsung tidak releven langsung
Program itu bermula dengan solat Isyak berjemaah di Masjid Putra dengan dimamkan Abdul Manaf Mat, disusuli dengan solat Hajat bagi memohon supaya dipermudah operasi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak 8 Mac lepas.
Selepas itu, majlis selawat dan qasidah dimulakan pada 9 malam diikuti pengisian lain ialah seperti zikir terapi, bacaan Al-Quran serta tazkirah.
Selawat dan qasidah dipimpin oleh ulama terkenal Habib Syech Abdul Qodir Asseqaf dan Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan