SHAH ALAM, 6 Mac – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar menyelar Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli yang sibuk mempertikaikan kesahihan perjanjian konsesi air yang ditandatangani kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat.
Sebaliknya, beliau mempertikai sejauh mana kesungguhan Rafizi turun padang membantu menyelesaikan masalah dan krisis air di Selangor selama ini.
“Jangan cerita pasal tariff air, jangan cerita pasal pengambilan air asalkan air itu ada. Macam mana nak bagi air percuma tapi kalau air tidak ada.
“Saya boleh kata, ini menipu rakyat sebab kerajaan negeri dah nampak, air dah tidak ada, sebab itu dia nak bagi air percuma. Kalau dah tidak ada air, nak bagi air percuma apa? Sebenarnya, PKRlah yang telah menipu rakyat.
“Dia nampak, masalah akan timbul. Memang betullah air percuma sekarang ini, sebab lori-lori yang hantar. Rafizi ini kalau tak faham, baik dia jangan cakaplah,” ujarnya dalam wawancara bersama UMNO-Online mengupas isu-isu semasa Selangor.
Tambahnya, Rafizi ini seorang ahli parti yang tidak menghormati pemimpin parti.
“Ini kuasa kerajaan negeri, dia mempertikai kuasa kerajaan negeri, apa hak dia. Dia sebagai ahli PKR tidak tahu menghormati keputusan kerajaan negeri. Adakah dia seorang ahli EXCO Kerajaan negeri? Adakah dia seorang ADUN?
“Saya percaya mestikah Menteri Besar dah maklumkan kepada ahli EXCO, tapi Rafizi yang bukan seorang ADUN, bukan EXCO mempersoalkan keputusan kerajaan negeri. Adakah apa yang Rafizi katakana itu, Anwar yang suruh cakap? Mungkin Anwar yang suruh Rafizi cakap tetapi dalam masa yang sama, Anwar cakap Khalid ini bagus. Ini memang dasar pecah dan perintah,” ujarnya yang juga Pengerusi BN Selangor.
Sehubungan dengan itu, Noh mengingatkan Rafizi agar jangan mencampur-adukkan krisis kepimpinan di dalam PKR yang berlaku hari ini dengan menjadikan rakyat sebagai mangsa. -MediaUMNO
Tiada ulasan:
Catat Ulasan