Rabu, 12 Mac 2014

MENGUNDI WAN AZIZAH IBARAT MENGUNDI ANWAR YANG SEDANG TERSEPIT ?

WANAZIZAH_KONVENSYEN_PAKATAN_RAKYAT_080314_TMINAJJUA_07_540_360_100
Mereka sekarang memainkan isu kononnya kena undi calon Islam tapi kuasa bersuara di tangan dap buat apa berbanding undi kaum cina tapi tampuk yg menentukan dasarnya org islam itu yg patut di undi bukan nak undi calon yg bermasaalah moral malah suaminya sendiri telah di sabitkan kesalahan meliwat oleh mahkamah jumaat lepas wan azizah mng anwar yg jadi master mind nya atas pada anwar ada dap yg rugi islam tu pun susah nak fikir ker sahabat dlm pakatan, keluarga peliwat yg di hukum mahkamah pun nak undi ker sedangkan kita wajar menghindari golongan yg di sabitkan kes ini dan pm nak ingatkan sekali lagi Nabi pun tak mengaku Umat pada golongan ini tapi wan azizah masih mengaku anwar suaminya ...ish..ish...ish.
KAJANG – Pemilihan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dilihat sebagai usaha meneruskan agenda politik suaminya yang terhalang.

Walaupun calon yang bertanding Wan Norazizah tapi agenda Anwar pasti diteruskan dan dalam masa yang sama pm rasa segala keputusan pasti suaminya yang mencorakan jadi sebaiknya carilah calon lain yang berwibawa kerana seperti yang kita sedia maklum Jumaat lalu Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadap Anwar selepas mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi membebaskannya daripada pertuduhan meliwat pembantu peribadinya, kira-kira enam tahun lalu ,jadi takkan keperibadian Keluarga ini nak di angkat memimpin Umat di Kajang sekiranya diberi undi oleh orang2 Kajang nanti

Pembangkang nampaknya sudah hilang arah bila mana segala yang mereka rancang tidak berjalan seperti apa yang mereka mahukan dan apabila kesudahan tidak menyebelahi mereka maka itu dikatakan tak adil begitu juga sebaliknya dan berita tentang kes liwat Anwar ini juga begitu kesudahannya

Pemilihan isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu dibuat selepas penasihat PKR itu yang sebelum ini dinamakan sebagai calon pembangkang pada PRK itu, dilaporkan tidak boleh bertanding bagi meneruskan apa yang dilihat sebagai usaha untuk menjadi menteri besar Selangor.
Pemilihan isteri Anwar juga antara lain untuk meneruskan kesinambungan dinasti keluarga ketua pembangkang itu dalam PKR. Anak sulung pasangan itu, Nurul Izzah adalah naib presiden PKR dan ahli Parlimen Lembah Pantai dan tidak salah bila kita katakan bahawa Wan Azizah hanyalah menjadi boneka kepada suaminya yang mahu menyambung keinginan besar suaminya itu sahaja.

Persoalannya adakah Wan Azizah juga akan diangkat sebagai menteri besar Selangor kelak, jika itu senarionya, Selangor mungkin hanya mempunyai boneka sebagai menteri besar dan yang mencorakkan nya hanyalah seorang yg telah di sabitkan Mahkamah sebagai Peliwat.

Pembangkang pasti mereka reka cerita kononnya Anwar di fitnah itu yg pm biasa dengar dalam facebook tapi tak semua orang bodoh dan perlu diingat hanya penyokong taksubnya sahaja yg percaya bulat2 apa yg di ucapkan anwar dan bagi pm mereka ni sebenarnya suka menegakkan benang yang basah.

Bukan semua kes mahkamah yang membabitkan kerajaan akan menang dan begitu juga dengan Anwar yang tidak semua kes mahkamahnya berakhir dengan kekalahan kerana ada banyak juga kes yang dia menang.

Terbaru, dilaporkan, Anwar berjaya dalam kes saman fitnah terhadap pengendali dan pemilik blog Papagomo, berhubung penyiaran artikel dan video seks yang mengaitkan pemimpin itu dengan seorang lelaki, tahun lalu dengan mendapat RM800,000 sebagai ganti rugi selain awal tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan memihak kepadanya dalam kes saman fitnah RM50 juta ke atas Utusan Melayu (Malaysia) Bhd dan ketua pengarangnya berhubung artikel berkaitan temu bualnya yang disiarkan oleh BBC pada tahun sebelumnya.
Sebelum itu, pada Jun 2012, Anwar turut menang kes saman fitnah yang dibawa ke atas bekas rakan sukan tenisnya, Datuk S. Nallakaruppan berhubung kenyataan kononnya menerima wang sebanyak RM60 juta.

Dengan banyak kes yang telah Anwar menang adakah itu bermakna badan kehakiman masih tidak adil sedangkan realitinya Anwar yang enggan berpijak di bumi nyata dan cuba menafikan asas dalam sistem kehakiman iaitu yang salah tetap salah dan yang benar tetap benar.
Perlu diingat badan kehakiman adalah badan yang bebas tanpa ada pengaruh dari mana-mana pihak sekalipun kerajaan yang memerintah malah kedudukan hakim itu sendiri ditentukan oleh Perlembagaan negara yang hanya boleh terlucut melalui tiga cara iaitu meninggal dunia, tidak sihat atau tidak boleh menjalankan fungsi dan telah melakukan jenayah atau melanggar undang-undang.

Struktur kehakiman di negara kita menjamin bahawa hakim itu kebal untuk laksanakan tanggungjawabnya yang mesti menegakkan keadilan without fear or favor sementara tuduhan Anwar adalah berasaskan agenda peribadinya sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan