Ahad, 23 Februari 2014

#PRK-KAJANG Awas Jangan percaya maklumat palsu PRK Kajang

imageOrang ramai diingatkan supaya tidak mempercayai penyebaran maklumat serta gambar tertentu oleh pihak tidak bertanggungjawab tentang Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang termasuk kehadiran beberapa bas persiaran ke kawasan itu.
menurut satu kenyataan yang admin petik dari berita Bernama,Pesanan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)  di sini hari ini menyebut laporan dan gambar itu disebar dengan tujuan menimbulkan persepsi bahawa akan berlaku manipulasi dalam PRK Kajang termasuk menggunakan warganegara asing sebagai pengundi sama seperti dakwaan Pakatan pembangkang semasa PRU13 dahulu.
“Laporan itu juga dikaitkan dengan kelewatan tarikh PRK Kajang. Bagi SPR laporan itu sengaja ditulis sebagai strategi untuk memburukkan SPR,” menurut kenyataan itu.
Pada 19 Februari lalu, sebuah portal media menerbitkan artikel bertajuk ‘Perkembangan Pelik di Kajang, SPR Patut Minimakan Ruang Manipulasi’ yang antara lain mendakwa Solidariti Anak Muda Malaysia telah mengesan beberapa bas persiaran menurunkan warga Myanmar di hadapan stesen Keretapi Tanah Melayu di Kajang.
SPR menyifatkan laporan itu sebagai tidak berasas sambil memberi jaminan perjalanan semua pilihan raya dibuat secara telus berdasarkan undang-undang dan peraturan yang ada.
Kenyataan itu menyebut berdasarkan laporan itu, penulis artikel tidak faham dan sengaja memutarbelitkan gambar serta fakta untuk mengelirukan orang ramai bahawa SPR tidak telus.
“Sekiranya beliau tidak faham atau tidak jelas berhubung penjalanan pilihan raya, beliau boleh berjumpa dengan SPR dan bukannya mengelirukan orang ramai dengan pelbagai tuduhan,” menurut kenyataan itu.
Selain itu SPR menegaskan tiada petugasnya yang termasuk dalam kategori pengundi awal dalam pilihan raya itu, sebaliknya pengundi awal bagi PRK Kajang hanya melibatkan 1,197 anggota polis.
Menurut kenyataan itu lagi pelantikan petugas PRK Kajang dibuat Pegawai Pengurus Pilihan Raya yang dilantik SPR dan bukannya oleh Pejabat Pilihan Raya Negeri Selangor atau Ibu Pejabat SPR.
“SPR tidak boleh campur tangan dan menetapkan siapa yang akan dipilih untuk bertugas.
Perkara itu terpulanglah kepada budi bicara Pegawai Pengurus Pilihan Raya berdasarkan syarat dan panduan yang ditetapkan oleh SPR,” menurut kenyataan itu.
Menjelas lanjut tentang isu petugas PRK Kajang, SPR memaklumkan sebanyak 65 peratus daripadanya diambil dari luar Kajang dan mereka juga bukan pengundi dalam Dun itu sebagai langkah untuk mengurangkan jumlah pengundi pos.
“Baki 35 peratus lagi adalah petugas-petugas yang terdiri daripada pengundi-pengundi di Kajang. Bagi petugas-petugas PRK yang juga pengundi di Dun Kajang, mereka diberi pilihan sama ada untuk mengundi secara biasa atau memohon untuk mengundi melalui pos.
Kerusi Dun Kajang kosong selepas penyandangnya Lee Chin Cheh daripada PKR meletak jawatan pada 27 Januari lepas.
SPR menetapkan 11 Mac untuk penamaan calon dan pengundian pada 23 Mac bagi pilihan raya kecil itu.
Barisan Nasional menamakan Naib Presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun sebagai calon manakala PKR meletakkan penasihatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM benar benar berharap agar pada parti yang bertanding agar bertanding dengan cara yang baik agar semua yg dirancang berjalan dengan lancar jika ada sebarang penipuan serta hasutan yg melampau harap rakan rakan menyelidik kebenarannya agar tidak tertipu dengan sebarang permainan kotor pada PRK kali ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan