Rabu, 12 Februari 2014

Mangsa rakaman dendam lucah tiada tempat hendak dituju

ArticleVictims-of-revenge-porn-often-have-nowhere-to-turn-to_1024x576KUALA LUMPUR: Teman lelaki Jenny memujuknya untuk berbogel dan beraksi di hadapan kamera. Dia berjanji yang gambar ini hanya untuk tatapannya seorang sahaja.
Dia turut berjanji yang gambar Jenny akan selamat disimpan dalam komputernya. Jenny mempercayainya.
Tetapi apabila mereka berpisah, gambar ini muncul di Internet. Bekas teman lelakinya mengancam untuk memuatnaik gambar ini dan menghantarnya kepada keluarga dan majikan Jenny. Mimpi ngeri Jenny baru sahaja bermula.
Jika Jenny tinggal di California, masalah Jenny mungkin dapat diselesaikan. Gabenor, Jerry Brown telah meluluskan sebuah rang undang-undang yang menjadikan rakaman lucah dendam, satu perbuatan melanggar privasi yang dilakukan bekas suami/isteri atau kekasih dengan menyebarkan gambar lucah peribadi seseorang itu dengan tujuan memalukannya, sebagai suatu tindakan jenayah.
Bagi ramai mangsa, gambar mereka muncul hanya selepas beberapa bulan atau tahun hubungan mereka putus. Menerusi undang-undang baru California ini, pesalah kali pertama akan dipenjara selama enam bulan dan didenda sebanyak US$1,000 (RM3,150). Malahan di sana, perbuatan mengambil gambar atau video bogel seseorang tanpa kebenaran dan pengetahuan orang itu adalah suatu jenayah.
Tindakan ini menangani perbuatan mengkhianati kepercayaan yang selalunya dilakukan pasangan sebagai membalas dendam atas tindakan memutuskan perhubungan. Rakaman ini selalunya tersiar di laman-laman sesawang yang menyiarkan kandungan seperti ini, dan ada antaranya yang meminta bayaran dari mangsa yang ingin gambar mereka dari dihentikan siarannya.
Di Malaysia, tiada sesiapa yang lebih masak dengan kejadian ini selain Datuk Seri Michael Chong, pengerusi jabatan perkhidmatan dan aduan awam MCA.
Tahun lepas sahaja, dia menguruskan 21 kes seperti ini. Dalam enam dari kes ini, gambar ini dihantar kepada wanita itu sendiri oleh bekas pasangan mereka. Dalam kes selebihnya, pasangan yang dikatakan memiliki gambar itu, tidak menyebarkannya.
Chong kemudiannya mengadakan empat sidang media untuk memberi amaran kepada orang awam terhadap bahaya perlakuan ini, dan untuk memberi kesedaran kepada wanita supaya tidak menjadi mangsa. Malangnya usaha beliau sia-sia apabila bilangan kes ini tidak menurun.
Sehingga penghujung November 2013, dia telah menghadapi 19 kes ini, enam darinya dengan bukti yang jelas. Kebanyakan mangsa berumur dalam 20an dan 30an. Walaupun mangsa ini adalah wanita berpendidikan, mereka bagaimana pun sangat mentah. Ada beberapa dari mereka telah menjalinkan hubungan dengan pasangan mereka beberapa tahun lamanya.
“Apabila lelaki ini menyatakan hasrat untuk mengahwini mereka, wanita ini akan diminta membuktikan dara mereka dengan cara menghantar gambar bogel kepada teman mereka. Itulah mula masalahnya,” jelasnya.
Baru-baru ini, media melaporkan yang laman blog sweetyoungmalaysiangirls.blogspot.com dan laman Instagram gadismukabukumy telah disekat kerana menyebarkan gambar gadis Malaysia yang diambil tanpa kebenaran. Seperti yang dijangka, orang awam mengecam pencerobohan privasi dan perbuatan mengseksualkan gadis ini, yang tidak menyedarinya.
Apabila mangsa kejadian ini meminta bantuan Chong, mereka selalunya terdesak dan menghadapi tekanan perasaan, dan ada yang sudah berkira-kira membunuh diri.
“Mereka datang kepada saya sambil bercucuran air mata. Mereka malu untuk berhadapan dengan masyarakat,” jelasnya.
Jumlah sebenar mangsa kejadian ini tidak diketahui, kerana ramai dari mereka takut untuk membuat laporan polis. Cubaan untuk mendapatkan statistik kejadian dari pihak berkuasa tidak berhasil.
Seorang peguam yang enggan namanya didedahkan, menceritakan sebuah kes pada tahun 2011 di mana bekas kekasih seorang anak guamnya telah memuat naik gambar lucah, dan mengugut untuk menyebarkan banyak lagi. Dia hanya menghentikannya setelah diancam dengan tindakan undang-undang.
Satu lagi cara yang boleh diambil adalah dengan membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) di bawah tuduhan penggunaan Internet secara tidak wajar, menerusi Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Namun tidak seperti California, Malaysia tidak memiliki undang-undang khusus untuk menangani rakaman lucah dendam. Jadi tidak banyak kes yang dibawa ke mahkamah, dan tidak ramai mangsa yang tampil membuat laporan polis.
Sudah tentu Chong kecewa apabila menghadapi kes seperti ini. “Bila saya bertanya kepada mangsa mengapa mereka membenarkan diri mereka dirakam, mereka berkata yang mereka sedang dilamun cinta. Jadi mereka merelakannya kerana percaya yang teman mereka tidak akan melakukan apa-apa untuk membahayakan mereka. Yang lelakinya pula sanggup menitiskan air mata dan membuat janji palsu bagi meyakinkan pasangan mereka,” tambahnya.
Apabila mangsa kejadian ini datang kepadanya, Chong bertegas supaya mereka membuat laporan polis, walaupun ramai yang enggan. Buat mangsa yang hanya mendapat ancaman tetapi belum disebarkan gambar mereka, Chong memainkan peranan sebagai orang tengah. Jika ini gagal, dia akan bertindak mengugut lelaki ini dengan mendedahkan pula mereka kepada media, untuk memalukan mereka.
Ramai dari mangsa ini melupakan episod kelam ini. Ada pula yang bertindak meninggalkan negara ini dan orang yang mengenali mereka, seperti Australia dan Taiwan.
Namun bagi Chong, ini ibarat melarikan diri dari masalah. Dia percaya yang undang-undang perlu melindungi mangsa, supaya mereka tidak diganggu lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan