Situasi ini tidak boleh disamakan antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak. Ini kerana di Sabah dan Sarawak, terdapat banyak kaum dan suku yang telah didakwahkan dengan agama Kristian menggunakan Bahasa Melayu sejak sekian lama kerana mereka tidak mahir berbahasa Inggeris.
Sewaktu pembentukan persekutuan Malaysia di antara Tanah Melayu, Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan Singapura dahulu, negara2 ini bersetuju kepada beberapa perjanjian seperti Perjanjian 20 Perkara Sabah dan 18 Perkara Sarawak yang mana sekarang ini sedang hangat diperjuangkan oleh orang2 Sabah dan Sarawak. Dan di dalam perjanjian tersebut mengikut Perkara 1 berkaitan Agama (sumber):
Perkara 1: Agama
Walaupun terdapat tiada bantahan kepada Islam sebagai agama rasmi negara Malaysia harus tiada agama rasmi Negeri di Borneo (Sarawak & Sabah), dan peruntukan-peruntukan yang berkaitan dengan agama Islam dalam Perlembagaan Malaya tidak boleh diguna pakai di Borneo.
Ini bermaksud agama Islam bukan agama rasmi negeri Sabah dan Sarawak, dan peruntukan yang berkaitan dengan agama Islam dalam Perlembagaan Malaysia tidak boleh diguna pakai di kedua negeri tersebut. Sebab itu orang Kristian menggunakan kitab Bible yang diterjemah dalam bahasa melayu (Indonesia) iaitu AlKitab yang juga menggunakan kalimah Allah di dalamnya kerana ianya sah berdasarkan undang2 yang dah dicipta sekian lama oleh tok nenek moyang kita.
Jadi bila ada cadangan untuk membenarkan perkataan ALLAH digunakan dalam semua Bible berbahasa Melayu untuk digunakan di Semenanjung, first sekali ia diterjemah untuk siapa sebenarnya? Di dalam Perlembagaan Malaysia yang juga dicipta oleh tok nenek moyang kita:
Mengikut Perlembagaan Persekutuan Malaysia, Perkara 160(2):
"orang Melayu" ertinya seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap Bahasa Melayu, menurut adat Melayu, dan-
(a) yang lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau Singapura atau yang lahir sebelum Hari Merdeka dan ibu atau bapanya telah lahir di Persekutuan atau di Singapura, atau yang pada Hari Merdeka berdomisil di Persekutuan atau di Singapura; atau
(b) zuriat seseorang yang sedemikian
Seperti isu perempuan singapura murtad serta isu pendapat Nurul Izzah mengenai kebebasan beragama, dari segi undang2 tak boleh wujud Melayu Kristian, Melayu Buddha, Melayu Hindu, Melayu Atheist dan lain2. ORANG MELAYU ADALAH BERAGAMA ISLAM, full stop. Tak kira Islam sejati, Islam luaran sahaja, Islam tapi tak tutup aurat, Islam tapi tak solat, Islam tapi makan rasuah atau Islam atas IC sahaja.
So siapa yang lazimnya bercakap Bahasa Melayu? Sudah tentulah Melayu. Orang Cina dan India ada bahasa ibunda mereka sendiri, malah realitinya mereka lebih prefer untuk menggunakan Bahasa Inggeris berbanding Bahasa Melayu walau duduk di Malaysia. So untuk apa terjemah Bible dalam bahasa Melayu di Semenanjung, apatah lagi mahu menggunakan kalimah Allah di dalamnya? Untuk siapa sebenarnya? Siapa yang nak baca, orang Melayu atau orang bukan Melayu yang beragama Kristian? Anda boleh terjemah dalam bahasa Cina, bahasa India, atau guna sahaja Bahasa Inggeris, tetapi kenapa hendak guna yang diterjemah dalam Bahasa Melayu di Semenanjung Malaysia? Tak nampak apa sebenar tujuannya selain nak diedar dan suruh orang Melayu baca!
Mengikut Perlembagaan Malaysia lagi berkenaan Kebebasan beragama:
11. (4) Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.
Bermaksud mengikut undang2, segala apa jenis pengembangan dan dakwah kepercayaan agama lain di kalangan orang Islam adalah salah dan pihak berkuasa boleh menyekat kegiatan tersebut.
Kenapa di negara Arab dalam Bible menggunakan kalimah Allah? Dah tentu Allah bermaksud Tuhan dalam bahasa Arab. Kenapa negara lain ada je Bible menggunakan kalimah Allah, kenapa negara kita tak boleh? Sebab negara kita belum ada suasana yang kondusif untuk itu selain daripada menjaga sensitiviti orang2 Melayu di Malaysia.
Nak jugak guna kalimah Allah dalam Bible di Semenanjung? Ia hanya boleh dilakukan sekiranya Perlembagaan Persekutuan digubal semula. Nak haramkan kalimah Allah dalam Bible di Sabah dan Sarawak? Gubal semua perjanjian 18/20 Sabah dan Sarawak. Bak kata Dr Asri "kerajaan boleh larang (penggunaan kalimah Allah) atas pentadbiran", namun kerajaan juga boleh benarkan atas pentadbiran juga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan