Rabu, 12 Februari 2014

Kempen awal: Anwar boleh hilang kelayakan tanding



Gara gara tidak mempunyai sifat penyabar hendak berkempen Anwar berhadapan kehilangan kelayakan bertanding Di Dun Kajang,perkara ini jelas di nyatakan oleh Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood yang berkata, calon yang berkempen sebelum penamaan calon tertakluk kepada Akta Perhimpunan 2012 bagi kesalahan berkaitan perhimpunan awam.

Katanya, mereka yang disabitkan kesalahan di bawah akta itu, boleh dikenakan denda tidak lebih RM10,000 dan RM20,000 jika melibatkan kanak-kanak.

“Mengikut Seksyen 27 Akta Kesalahan Pilihan raya, sesiapa yang disabitkan oleh mahkamah seksyen dan didenda RM5,000, maka tidak layak dipilih di dalam pilihan raya.

“Perkara 64 Undang-undang Tubuh Negeri Selangor juga menyebut seseorang itu tidak layak sebagai Adun jika disabit oleh mahkamah dengan hukuman penjara tidak kurang dua tahun atau denda tidak kurang RM2,000,” katanya lagi di laman Sinar Harian yang admin pm petik hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kempen sebelum penamaan calon tidak termasuk dalam kesalahan pilihan raya di bawah Akta Kesalahan Pilihan raya 1954.

“Dalam peraturan pilihan raya, waktu berkempen ialah selepas penamaan calon sehingga jam 12 malam sebelum hari mengundi esoknya. Kalau berkempen sebelum tempoh itu, nampak seperti satu kesalahan.

“Tetapi dalam akta ini tidak disebut secara nyata ia satu kesalahan. Jadi kalau benar Anwar telah mula berkempen, maka kita perlu lihat undang-undang lain,” katanya.

Tindakan Anwar yang tak menghormati undang undang wajar di hukum agar tidak sewenang wenangnya membuat sesuatu perkara secara membuta tuli dan disini admin pm begitu berharap perkara ini di ambil berat oleh pihak yang berkenaan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan