Rabu, 1 Januari 2014

WARDINA PEMBOHONG,BUAT TUDUHAN TAK BERASAS DI HARAMKAH .

Mengapa Wardina sanggup memfitnah serta memutar belit kenyataan Datuk Bandar?
Wajarkah si pembohong seperti Wardina berada dalam Majlis Konsultansi Negara?

Sebelum ini kami telah pun membangkitkan isu perlantikan Wardina ke dalam Majlis Konsultansi Negara merupakan satu kesilapan dan tidak mencerminkan matlamat majlis tersebut. 

Wardina yang dipetik oleh Harakahdaily.net dari facebook beliau,
“Ini gila dan menghina. Saban tahun ia acara lagha yg langsung tiada faedah kepada rakyat. Kecuali jika sibuk benar mahu mempertahankan alasan pelancongan,”

Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang memperuntukkan RM15 juta untuk sambutan tahun baru 2014.

Menurutnya lagi: 
“Ini gila dan menghina, di saat rakyat disuruh berjimat cermat, hidup dengan berkat dan halal, positif dengan segala kenaikan, 15 juta dihabiskan untuk detik 2014”

Satru fitnah yang nyata kerana dalam ucapan Datuk Bandar Kuala Lumpur bertarikh 20 Disember 2013 Datuk Seri Ahmad Phesal Talib menyatakan RM 15 juta diperuntukan DBKL untuk pelbagai acara sempena Tahun Melawat Malaysia termasuk sambutan Tahun Baru 2014 dan pelbagai acara lagi sepanjang tahun.

Ini bermakna bajet sebanyak RM 15 juta itu ialah untuk DBKL melaksanakan program-program membabitkan Tahun Melawat Malaysia sepanjang 2014.

Mengapa Wardina sanggup memutar belit kenyataan Datuk Bandar?

Beliau mahu membangkitkan kemarahan peyokong Pakatan untuk keluar berdemontrasi di Dataran Merdeka malam tadi ker? bagi mencetuskan kekecohan dan kekacauan sehinggakan upacara itu dibatalkan kerana pendemo merusuh menyerang pentas.

Hanya satu saranan yg admin pm nak sampaikan pada Wardina ''letak lah jawatan tu segera kerana anda tak layak bagi jawatan tersebut kerana penghasut serta orang yang berhati busuk tak layak berada di kerusi itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan