Selasa, 7 Januari 2014

Wajarkah Peruntukkan Kerajaan Persekutuan bagi membiayai beberapa projek rakyat di Selangor ?

Buletin Utama sebentar tadi, melalui Datuk Seri Noh Omar mengumumkan sejumlah besar wang diperuntukkan oleh Kerajaan Persekutuan bagi membiayai beberapa projek rakyat di Selangor. Untuk projek tebatan banjir sahaja, sejumlah RM 45 juta diperuntukkan akan tetapi yang peliknya Kerajaan Negeri sendiri sebelum ini membatalkan Projek Penambatan Banjir tersebut.

Maka disini dapatlah kita rumuskan Kerajaan Negeri sebenarnya tidak Prihatin Masaalah Rakyat dan pembongkaran ini dapat lah membuka mata kita bagaimana bantuan bantuan Kerajaan Persekutuan lah yang banyak membantu kita tapi agak malang ada sebilangan bantuan itu tidak disalurkan dengan betul contohnya bantuan membaiki jalan yang di laporkan hanya 40 peratus sahaja digunakan oleh Kerajaan Negeri Selangor

Bukan Admin @pm nak menuduh akan tetapi Keputusan membatalkan projek penebatan banjir yg kerajaan Negeri Negeri Selangor dahulu amat dibimbangi berulang dan kali ini duit kerajaan persekutuan bakal di gunakan untuk Selangor

lihat satu berita di sinar Harian bertarikh 1 mei 2013 di mana Kerajaan Negeri membatalkan Projek penebatan Banjir
SHAH ALAM - Kerajaan negeri diminta memberi penjelasan berhubung dakwaan urus niaga penjualan tanah tebatan banjir bernilai RM1.3 bilion yang berlaku pada 15 April lalu.

Timbalan Pengarah Pilihan Raya Selangor, Datuk Sri Mohd Zin Mohamed berkata, berdasarkan maklumat, urus niaga itu berlaku antara anak syarikat kerajaan negeri, Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dengan Dijaya Corporation Berhad (Dijaya) selepas Dun dibubarkan.

Menurutnya, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini cuba menafikan urus niaga itu dan menyatakan ia masih di peringkat semakan.

“Namun, Ketua Pegawai Eksekutif PNSB, Datuk Ahmad Omas mengesahkan bahawa berlakunya urus niaga penjualan tanah tebatan banjir kepada Dijaya.

“Mengapa urus niaga itu dilaksanakan tergesa-gesa selepas Dun dibubarkan dan tidak tunggu selepas pilihanraya? Bukankah ketika ia berlaku kerajaan negeri di bawah kerajaan sementara yang sepatutnya tidak boleh buat keputusan seperti itu,” katanya ketika sidang media di Bangunan Umno, di sini semalam.

Katanya, urus niaga itu juga diragukan apabila dijual dengan harga RM25 meter persegi dalam tempoh dua tahun sedangkan kedudukan kawasan itu berhampiran Cyberjaya, Kota Kemuning dan Puchong yang rata-rata berharga RM100 meter persegi.

Beliau berkata, Khalid pada Februari 2011 lalu membatalkan projek tebatan banjir yang bermula pada 2007 melibatkan seluas 1,960 hektar.

Jelasnya, projek itu juga melibatkan pembinaan terowong sepanjang 18 kilometer menghubungkan Sungai Klang dan Sungai Langat.

“Alasan pembatalan itu didakwa tidak beri manfaat kepada rakyat Selangor malahan kewujudan Terowong Smart dibina Barisan Nasional (BN) juga dikatakan tidak perlu.

“Sedangkan kita tahu, kawasan Lembah Klang sering diancam banjir kilat termasuk di Klang, Kajang dan Puchong,” katanya.
(disini)

Dana yang digunakan untuk menaikkan gaji pengurusan tertinggi kerajaan negeri Selangor adalah sebahagian daripada peruntukan Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS).
 
Malah RM600 juta daripada rizab Selangor adalah lebihan peruntukan MARRIS yang gagal dimanfaatkan Pakatan Rakyat negeri itu.
 
"ADUN Kota Anggerik, Dr Yaakob Sapari sebelum ini memberitahu lebihan dana MARRIS dimasukkan ke dalam simpanan rizab Selangor.
 
Daripada 2008 sampai 2012 kerajaan Persekutuan bagi kepada kerajaan negeri RM1.75 bilion. Tetapi yang dibelanjakan hanya RM1.1 bilion.
 
Bererti RM600 juta yang disimpan dalam rizab negeri bukan duit pendapatan kerajaan negeri tetapi duit kerajaan Persekutuan untuk digunakan perbaiki jalan, tetapi kerajaan negeri tidak gunakan, tapi digunakan untuk simpanan rizab.
 
DUN Selangor sebelum ini meluluskan kenaikan gaji 56 anggotanya berkuatkuasa Januari 2014 dengan Timbalan Speaker DUN mendapat kenaikan tertinggi sebanyak 373.3%.
 
Gaji Menteri Besar dinaikan daripada RM14,175.15 kepada RM29,250, anggota Exco kerajaan negeri daripada RM6,109.29 kepada RM20,250, Speaker DUN daripada RM6,109.29 kepada RM22,500, Timbalan Speaker daripada RM3,327.50 kepada RM15,750 dan ADUN daripada RM6,000 kepada RM11,250.
 
Gaji baru itu berkuatkuasa pada 1 Januari 2014.
 
Kita tengok yang tidak logiknya adalah kenaikan gaji Menteri Besar, Speaker dan Timbalan Speaker malah Exco pun kita rasa tinggi.
 
Gaji MB naik lebih kurang RM29 ribu, itu belum elaun keraian sebab MB juga ADUN dapat elaun ADUN RM 11 ribu, dicampur keduanya dekat RM40 ribu di situ.
 
Lepas itu tidak masuk elaun-elaun lain, pemandu, pembantu rumah, elaun minyak dan lain-lain lagi, sebenarnya kalau dikira biasanya wakil rakyat sahaja RM11 ribu campur elaun akan dapat lebih kurang RM16 ribu, MB pula lebih kurang mencecah RM50 hingga RM60 ribu sebulan 
 
Kegagalan kerajaan negeri menguruskan dana MARRIS menyebabkan rakyat Selangor terpaksa menggunakan jalan yang tidak diselenggara.
 
Macam mana dengan peruntukan baiki jalan MB tidak belanjakan jalan, maksudnya MB kurang kerja tapi naik gaji? 
 
Masalah sekarang ini melalui Audit Negara buat laporan 75 peratus rakyat di Selangor tidak berpuas hati dengan keadaan jalan.
 
Laporan Audit Negara 2013 sebelum ini mendedahkan 75 peratus rakyat negeri itu merungut dengan keadaan jalan raya yang berlubang dan tidak dinaik taraf. 
 
Audit Negara yang baru-baru keluar pun komen tentang pada tahun lepas perbelanjaan untuk perbaiki jalan yang kerajaan Persekutuan beri hanya dibelanjakan 46 peratus dari jumlahnya, maksudnya kalau MB kata duit begitu banyak, bukan kerana MB cari tetapi kerana Persekutuan bagi untuk peruntukan MARRIS Dan admin PM berharap perkara yang sama tidak akan berulang dan tidak dibelanjakan untuk gaji abg tido kita tu huuhuu,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan