Khamis, 16 Januari 2014

Timbalan Menteri - Tiada lagi penangguhan laksana kadar gaji minimum

ismail
PUTRAJAYA: Kementerian Sumber Manusia hari ini menegaskan tiada lagi penangguhan untuk pelaksanaan pembayaran gaji minimum, selepas tempoh itu tamat pada 31 Disember tahun lalu.
Sehubungan itu, Timbalan Menterinya, Datuk Ismail Abd Muttalib, berkata Jabatan Tenaga Kerja akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana majikan yang gagal mematuhi Perintah Gaji Minimum 2012 iaitu membayar gaji masing-masing sebanyak RM900 sebulan bagi Semenanjung Malaysia dan RM800 bagi Sabah dan Sarawak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan