Polis akan menyiasat kemungkinan penganjuran Program Lepak Santai Tolak Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) serta Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) oleh AMK Perak melanggar Akta Perhimpunan Aman 2011.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, pihaknya akan merujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk mengambil sebarang keputusan terhadap kumpulan terbabit.
“Mana-mana wakil kumpulan perlu menghantar notis sekiranya mahu mengadakan perhimpunan aman, sekurang-kurangnya dalam masa 10 hari sebelum berhimpun.
“Kita akan kaji berdasarkan semua keterangan dan tindakan akan diambil sekiranya melanggar akta terbabit.
“Bagaimanapun, kita akan merujuk ke Jabatan peguam Negara,” katanya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan