Satu saranan bijak oleh Pengarah Pendidikan Negeri, Datuk Ahmad Tarmizi Kamaruddin yang menegaskan agar Pihak pengurusan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent Bukit Mertajam, tidak perlu melayan sebarang permintaan atau arahan daripada pihak bukan Islam di Penang seperti surat dokumen yang admin tunjukkan diatas yang meminta agar tulisan Jawi pada papan tanda utama sekolah itu dibuang.
Pengarah Pendidikan Negeri, Datuk Ahmad Tarmizi Kamaruddin berkata, papan tanda sekolah yang mengandungi tulisan Jawi itu telah dipasang sejak 10 tahun lalu dan ia tidak mempunyai sentimen keagamaan kepada mana-mana pihak.
"Saya difahamkan papan tanda itu sudah dipasang sejak 10 tahun lalu dan pihak sekolah tiada sebab untuk menanggalkannya atau mengganti dengan papan tanda baharu kerana langsung tiada kaitan dengan sentimen keagamaan.
"Malah tulisan Jawi adalah sama seperti tulisan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris kerana ia ditulis sebagai tambahan bagi menggantikan tulisan roman yang merujuk kepada nama sekolah," katanya.
Demi memastikan tulisan jawi ini kekal menjadi salah satu tulisan yang menjadi kebanggaan kita maka perkara ini wajar di pertahankan agar warisan ini tidak di lenyapkan oleh tangan tangan jahat yang sekarang ini cuba menyerang sedikit demi sedikit budaya serta amalan orang orang Islam di sana.renung renungkan lah sahabat @pm semua ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan