Khamis, 30 Januari 2014

Datuk Seri Noh Haji Omar nafi buka akaun facebook papar posting mendabik dada

gambar noh palsuPakatan Pembangkang semakin kurang ajar dan seakan akan sudah kehabisan modal apabila mencipta akaun Facebook dengan menggunakan nama NohOmar untuk memaparkan posting yang boleh mengguris hati pemimpin dan umat Islam.
Ketika mendedahkan perkara itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Noh Omar berkata, beliau menerima panggilan telefon daripada beberapa sahabat yang menasihatkannya supaya tidak membuat posting yang mendabik dada.
Katanya, terkejut dengan teguran itu, beliau kemudian membuat carian akaun yang dikatakan menggunakan namanya dan mendapati akaun laman sosial facebook ‘Noh Omar’ itu bukan miliknya yang sah.
“Saya hanya ada satu laman sosial Twitter yang menggunakan nama akaun ‘nohomar’, bukan ‘Noh Omar’ sebagaimana yang terpapar dalam media sosial itu.
“Saya harap orang ramai tidak terpengaruh dengan kehadiran Facebook ‘Noh Omar’ kerana itu adalah akaun palsu yang sengaja dibuka oleh Penyokong pembangkang untuk memburuk-burukkan saya,” katanya.
Dalam akaun ‘Noh Omar’ itu dipaparkan posting, “Semua sibuk dengan PRK Kajang. Pada pandangan saya, semua ini adalah mainan politik… macam apa yang berlaku pada saya semalam. Sepatutnya saya berdebat dengan Khalid Samad…mungkin belliau takut dengan kehebatan saya… harap semua penyokong saya bersabar…dan jangan melalukan provokasi yang mendapatkan tumpahnya darah ini”.
Menurut Noh, facebook itu sengaja dibuat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan kenyataan yang dipaparkan itu ternyata bercanggah dengan pendiriannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan