Sabtu, 11 Januari 2014

BR1M: DAP ambil peluang pada golongan buta IT kononnya dia yang beri ?

brim2










Walaupun melalui pentas-pentas ceramah atau sidang akhbar pemimpin pembangkang terutam Nik Aziz sering secara terbuka melabelkan BR1M sebagai ‘suapan’ atau rasuah, malah yang mengambilnya dikatakan lembu oleh wakil-wakil rakyat mereka di peringkat akar umbi menjadikan bantuan tersebut sebagai peluang untuk meraih keuntungan politik.
Misalnya, terdapat wakil rakyat DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengambil inisiatif menyediakan kaunter khas untuk kemudahan rakyat di kawasan masing-masing mengemaskini maklumat serta membuka akaun secara atas talian.
“Mereka berikan perkhidmatan ini secara percuma. Mereka bantu golongan miskin terutamanya di kawasan luar bandar untuk mendapatkan bantuan BR1M. Walaupun bantuan tersebut adalah pemberian kerajaan BN, namun pendekatan ini menyebabkan ada rakyat membuat tanggapan bahawa pembangkang yang menyalurkannya.
“Pemimpin BN seperti UMNO gagal memainkan peranan seperti ini. Secara tidak langsung, parti pembangkang seperti DAP mendapat laba politik hasil daripada sikap ‘lepas tangan’ mereka,” kata seorang penganalisis politik kepada @pm.
dap brimPenganalisis itu memberi contoh bagaimana seorang wakil rakyat Cina di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Sepetang, Bukit Gantang, Perak yang menyediakan kaunter khas untuk membantu penduduk yang tidak mempunyai akaun bank selain menolong mereka mengemaskini maklumat diri.
Menurut beliau, keadaan itu boleh digambarkan dengan analogi bagaimana BN berjaya menyediakan ‘umpan’ yang sangat baik, tetapi pembangkang lebih bijak dengan membawa pemancing ke lubuk yang mempunyai ikan besar.
dap brim2“Logiknya, pemancing lebih terdorong untuk mengingati jasa orang yang membantu mereka mendapatkan ikan yang lebih besar. Senario ini menggambarkan betapa pembangkang berjaya memanipulasi keadaan supaya sokongan memihak kepada mereka,” ujarnya.
Selain membuka kaunter di pusat khidmat, pemimpin DAP juga dilihat aktif membantu orang ramai membuat permohonan melalui kempen di laman-laman sosial seperti Facebook.
DAP Mersing dan Gelang Patah di Johor misalnya, mereka menguar-uarkan program mengumpul borang BR1M daripada penduduk yang mahu membuat permohonan sama ada secara manual atau atas talian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan