Jumaat, 10 Januari 2014

BLOGER PR TENAT,TERKENA JANGKITAN DENGGI DAN KENCING TIKUS

Kecoh seketika alam Maya apabila dikhabarkan oleh sahabat bloger di dalam tulisannya mengatakan bloger yang baru baru ini menyindir Mufti Perak kononya di belasah oleh DR Maza (disini)dalam penulisannya iaitu Omak ko Blogspot sedang tenat dan berada dalam keadaan kritikal kerana diserang virus denggi dan kencing tikus.

Walaupun kita berbeza pandangan serta perjuangan akan tetapi atas pertalian persaudaraan sesama Islam marilah bersama sama admin @pm kita berdoa semoga beliau diampunkan segala dosanya serta di kurniakan oleh Allah s.w.t kesihatan seperti sedia kala semoga beliau mendapat hidayah untuk berubah selepas ini mudah mudahan Amin....

Setiap penyakit yang kita hadapi sebenarnya adalah rahmat yang tersembunyi dari yang Maha Esa,mungkin dosa kita terlalu banyak dan salah satu caranya yg Esa hendak menyucikan dosa dosa kecil kita,maka terimalah ujian darinya dengan hati yang terbuka 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan