Isnin, 30 Disember 2013

TERKINI Amaran hujan lebat di Sarawak

( GAMBAR KEADAAN BANJIR DI SARAWAK SEMALAM  )
KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini mengeluarkan amaran hujan lebat peringkat jingga di beberapa kawasan di Sarawak yang dijangka berterusan sehingga esok.

Menurut kenyataan jabatan itu, hujan sejekap-sekejap kadangkala sederhana tersebut dijangka berlaku di Kuching, Samarahan, Sri Aman dan Mukah.

Selain itu, amaran hujan lebat peringkat kuning dikeluarkan bagi beberapa daerah di Betong, Sarikei, Sibu, Bintulu dan Miri yang dijangka berterusan hingga esok.

Menurut kenyataan itu keadaan tersebut akan menyebabkan banjir di kawasan-kawasan rendah.  - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan