Khamis, 26 Disember 2013

Shabery cadang bagi televisyen kepada mangsa banjir


Di kala para pak Menteri dalam Pakatan Pembangkang sibuk untuk merancang satu strategi berdemo di ambang malam tahun baru 2014,di tambah pula dengan ura ura cerita dari sebelingan penyokong tegarnya di media sosial kononnya mahu menggulingkan kerajaan nampak nya mereka ni bagaikan tiada amanah yg hendak dijalankan bagi membela Rakyat

Suka diingatkan sahabat pm bahawa pemimpin kita berbeza kerana Para Menteri di dalam Kerajaan BN sedang sibuk merencana strategi bagaimanakah hendak meringankan beban mangsa banjir...syukur Alhamdulilah sekurang kurangnya menteri yang  Admin pm sokong ni membuat kerja mereka yang di pertanggung jawabkan



Berbanding dengan para pimpinan Pas yang sibuk merancang memburuk burukkan Kerajaan ada yang sampai sanggup berada di dalam gereja bukan setakat bersama sama merayakan hari krismas malah berucap dan ada kemungkinan bercerita tentang memburukkan kerajaan seperti yang selalu sahabat Pendekar lihat pada ceramah ceramah sebelum ini,persoalannya adakah wajar mereka berbuat demikian.



KUANTAN: Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah diminta mengusahakan bantuan set televisyen kepada setiap keluarga yang ditimpa musibah banjir baru-baru ini.

Beliau berkata bantuan televisyen itu merupakan antara usaha kerajaan yang akan bekerjasama dengan pihak swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam usaha meringankan bebanan mangsa banjir.

"Saya dah maklumkan kepada pihak SKMM untuk cari jalan bagi membantu supaya dapat meringankan beban mangsa banjir, dalam usaha menguatkan semangat kekeluargaan ialah televisyen, di mana keluarga berkumpul bersama-sama (menonton televisyen)," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis 'Sentuhan Kasih' di Cherating, malam Selasa.

Majlis Sentuhan Kasih itu bertujuan mengumpul dana untuk diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir di Kemaman dan Kuantan.

Beliau berkata kerajaan amat prihatin dengan mangsa banjir buruk yang melanda beberapa negeri baru-baru ini terutamanya di Kemaman, Terengganu dan Kuantan, Pahang.

"SKMM akan memikirkan bagaimana untuk kita mencari dana dan jalan untuk memberi satu set TV kepada setiap keluarga, seramai 30,000 keluarga terlibat (dalam banjir buruk baru-baru ini di seluruh negara), jadi kita akan cari 30,000 set TV.

"Insya-Allah ia akan jadi kenyataan, kita akan berusaha dengan semua pihak terlibat, untuk pastikan jadi kenyataan, juga dari NGO, yang sebelum ini dilihat telah memberi bantuan berupa tilam, dapur dan sebagainya," kata Ahmad Shabery.

Banjir buruk yang melanda baru-baru ini terutamanya di Kemaman dan Kuantan, mengakibatkan lebih 70,000 mangsa banjir dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan.

Malah di Kemaman, sebanyak 10 pusat pemindahan daripada 49 pusat pemindahan di situ terpaksa dipindahkan berikutan pusat itu juga ditenggelami air.

Banjir buruk awal Disember lepas itu mengakibatkan kerugian berjuta-juta ringgit, di mana kebanyakan keluarga di Kemaman dan Kuantan, mengalami kerugian total. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan