Didenda RM1,900 selepas mengaku bersalah menyertai satu perhimpunan Blackout 505 di tempat larangan ENAM BULAN LALU |
Mahkamah turut memerintahkan mereka dipenjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda itu.
Pada Ogos lalu, Mohd Nazree dan Al Faizal didakwa menyertai perhimpunan di tempat larangan iaitu rumah ibadat seperti dalam Jadual Pertama Akta Perhimpunan Aman 2012.
Kesalahan didakwa berlaku di perkarangan Masjid Ar Rahman, Universiti Malaya, antara jam 12 tengah hari hingga jam 1.15 petang, 22 Jun 2013.
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 4(2)(b) Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) dan boleh dihukum di bawah seksyen 4(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM2,000.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan