Zamihan Mat Zain mendakwa Dr. Mohd. Asri Zainal Abidin tidak wajar mengkritiknya secara sinis ekoran pembongkaran ajaran Syiah melibatkan seorang tokoh politik oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) baru-baru ini.
Penolong Setiausaha Bahagian Keselamatan dan Kententeraman Awam KDN itu berkata, tindakan bekas Mufti Perlis itu dilihatnya lebih disebabkan beberapa perselisihan agama melibatkan mereka pada masa lepas.
“Bagi saya, sebagai seorang agamawan yang turut dihormati oleh parti politik di negara ini, beliau (Mohd. Asri) tidak sepatutnya memfitnah saya tanpa mempunyai sebarang asas apatah lagi selepas pendedahan dilakukan KDN.
“Saya sedia bersemuka dengan mana-mana individu yang tidak berpuas hati ataupun mempertikai usaha dilakukan KDN dalam mengekang penyebaran fahaman Syiah sama ada secara muzakarah mahupun perdebatan demi mencari kebenaran,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurut Zamihan, bagi membincangkan isu-isu berkaitan Syiah, beliau bersedia berhujah kerana berpendapat perjuangannya untuk mempertahankan akidah umat Islam dan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
“Saya rasa sebagai agamawan, tidak perlu sesorang itu melontarkan fitnah jika tidak berpuas hati, sebaliknya perlu bertemu dan berhujah jika ada sebarang kesangsian,” katanya.
Sebelum itu, Mohd. Asri (gambar bawah) dalam kenyataan dalam media sosial mempertikaikan kredibiliti usaha KDN mengumumkan beberapa bukti penglibatan tokoh politik sebuah parti dalam ajaran Syiah.
Malah dalam status terkini Mohd. Asri, beliau seakan mempertikaikan bukti berdasarkan gred yang dinyatakan Zamihan.
Dalam status itu, Mohd. Asri berkata;
“Tongkat Ali dan Kacip Fatimah adalah pengaruh Syiah dalam perubatan Melayu tidak dinamakan Abu Bakar atau Aishah tapi dipilih nama yang dipuja Syiah.
“Namun jika minum kopi Tongkat Ali atau serbuk Kacip Fatimah tidak tidak boleh dijadikan bukti gred C atau D bahawa kita telah menganut Syiah.
“Kita mungkin dapat gred A tenaga batin tapi bukan tenaga Syiah..lebih lucu jika ada yang terbukti Syiah dalam tulisannya serta berguru pula dengan Hassan Saqqaf yang pro Syiah tapi berlakon tidak setuju dengan Syiah,”.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan