Jumaat, 6 Disember 2013

LUAHAN HATI PENGUNDI SG ISAP YANG MENYESAL TERHADAP AHLI PARLIMEN KUANTAN FAUZIAH SALLEH.

Semalam Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh cuba menjadi heroin di Parlimen dengan membawa usul tergempar supaya bandar Kuantan diisytihar Darurat. 

Alasan yang diberikan Fuziah ialah kerajaan pusat lambat bertindak bagi membantu mangsa banjir di Kuantan. Menurutnya, keadaan di Kuantan sangat kritikal dan memerlukan bantuan segera. 

Fuziah turut menyalahkan agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan, JPAM, Bomba, Jabatan Saliran & Pengaliran, Majlis Keseamatan Negara, Polis, Tentera dan sebagainya kononnya dia tidak nampak mereka datang memberi bantuan. Fuziah panik ketika dia bersikap ego dan sombong bodoh.

Fuziah nampaknya bukan seorang Wakil Rakyat yang bagus kerana dia tidak tahu bagaimana mahu berkomunikasi dengan agensi-agensi keselamatan negara kita. Sebagai Ahli Parlimen, tidak kiralah Ahli Parlimen kerajaan atau pembangkang, bukanlah menjadi isu jika melibatkan kepentingan awam. Di sinilah letaknya keegoan, kesomongan dan kebodohan Fuziah.

Lihatlah di negeri Kelantan, bertahun-tahun diperintah kerajaan PAS tetapi agensi-agensi kerajaan persekutuan tidak pernah menghadapi masalah untuk duduk bersama dalam Jawatankuasa Keselamatan di peringkat negeri dan daerah untuk menyalurkan bantuan. Pegawai-pegawai kerajaan Persekutuan BN dan pegawai-pegawai kerajaan negeri PAS di Kelantan saling bekerjasama setiap tahun. Koordinasi agensi keselamatan dan kebajikan peringkat persekutuan dan negeri dengan wakil-wakil rakyat di sana berjalan dengan lancar.

Agensi Kerajaan Siang Malam Tidak Tidur Membantu Mangsa Banjir & Fuziah Memperlekehkan Mereka
Persoalannya, apakah Fuziah tidak tahu hendak bercakap dengan siapa dengan agensi-agensi kerajaan persekutuan dan negeri? Bukankah dia Ahli Parlimen yang mempunyai hak dan kuasa untuk bermesyuarat bersama-sama dengan Jawatankuasa Bencana di peringkat daerah Kuantan? Atau adakah dia pernah hadir dalam mesyuarat itu? Adakah dia pernah berjumpa dengan pegawai kebajikan atau pegawai kerajaan yang menjaga bencana di daerah Kuantan? Semua ini membuktikan Fuziah menghadapi masalah komunikasi di Kuantan. Fuziah tidak tahu kepada siapa hendak meminta bantuan.

Dia mahu menjadi heroin lone ranger walhal sikap ego sombong itu konon dia mampu mengatasi isu banjir di Kuantan sendiri telah memakan dirinya sendiri. Fuziah ego kepada Allah, Fuziah ego kepada rakyat di Kuantan, dia berbangga kononnya sebagai Wakil Rakyat dia tahu semua, dia mampu mengatasi semua masalah. Apabila dia gagal menyelesaikan semua masalah itu, dia melemparkan kegagalan itu kepada orang lain. Dia mahu lari dari kegagalan dirinya dan kegagalan partinya mengatasi masalah rakyat Kuantan.

Pengajarannya ialah, Allah SWT telah menurunkan ujian kepada rakyat di Kuantan dan tergambar jelas Fuziah yang mengaku maha tahu semua, maha boleh semua terkapai-kapai di Kuantan menyalahkan orang sana orang sini, walhal kegagalannya itu adalah kerana keegoan, kebodohan dan kesombongannya.

Dia menganggap dan menjadikan kakitangan kerajaan yang bertungkus-lumus siang malam memberi bantuan kepada mangsa-mangsa banjir sebagai musuhnya. Dia kemalu-maluan untuk bercakap dan meminta bantuan kerana dia sombong lagi bodoh. Akhirnya, yang menjadi mangsa ialah rakyat Kuantan.

Bersambung...

Pengundi Menyesal.
Sg. Isap, Kuantan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan