Khamis, 19 Disember 2013

KPDNKK SENARAIKN HARGA BARANGAN MUSIM PERAYAAN KRISMAS

PUTRAJAYA 18 Dis. - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengumumkan penentuan harga maksimum bagi 13 jenis barangan harga terkawal di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Krismas 2013 yang akan dikuatkuasakan selama lima hari bermula 23 hingga 27 Disember ini.

Skim itu akan dilaksanakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 membabitkan ayam hidup, ayam (standard dan super), ayam belanda import, daging kambing dan biri-biri import bertulang, telur ayam (gred A,B dan C), tomato serta lada benggala hijau.

Menterinya, Datuk Hasan Malek berkata, untuk itu peniaga diwajibkan menjual harga barang terkawal mengikut harga maksimum yang ditentukan dan meletakkan tanda merah jambu ke atas barangan terbabit bagi membezakan dengan barang-barang lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan