Sabtu, 21 Disember 2013

KERAJAAN SEDIA BERUSAHA PASTIKAN TAMBAHAN BANTUAN UNTUK MANGSA BANJIR

gambar hiasan- kanak kanak yg nakal di waktu banjir
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata di laman fb miliknya yg pm petik hari ini dan,Beliau mengatakan berdasarkan pemerhatian sekitar lawatan banjir di Pahang, telah memberi gambaran kepadanya mengenai kerugian yang terpaksa ditanggung setiap keluarga.
“Walaupun kerajaan pusat telah meluluskan bantuan khas bernilai RM500, saya akui jumlah tersebut tidak memadai.
“Atas kesedaran ini, pihak kerajaan akan berusaha mencari sumber dan bantuan tambahan untuk disalurkan kepada mangsa dalam usaha untuk meringankan beban mereka,” kata Najib dalam status terbarunya di laman Facebook.
Awal bulan ini, Pahang, Terengganu, Kelantan dan Johor dilanda banjir buruk susulan hujan lebat berterusan serta limpahan air sungai di beberapa kawasan, menyebabkan ribuan penduduk terpaksa berpindah selain kehilangan harta benda.
Dalam pada itu, Jabatan Meteorologi meramalkan penduduk di kawasan Pantai Timur bakal berdepan kemungkinan berlakunya gelombang kedua banjir antara 25 hingga 28 Disember ini ketika air laut pasang yang disertai ombak besar. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan